Kem Sejatuh Telur, 0615hrs
Walaupun gua dah sumbat dengan tisu, dengkuran Keyi dan John masih mampu menembusi telinga gua. Cilakak betul! Gua dengan penuh perasaan hasad, terus mengejutkan mereka sembahyang subuh.
"Doa qunut baca pas rukuk rakaat kedua" ujar gua pada John setelah gua tengok dia 4 5 kali angkat takbiratul ihram tak lepas-lepas.
"Terima kasih Jib" balas John tersengih-sengih seraya meneruskan solat subuh beliau.
Menu pagi ni memang power. Nasi putih jelantah hangit, telur mata kerbau jantan, drumer ayam dan teh O 1 uncang.
Sebab harini bangun awal, kami buat keputusan untuk bergerak seawal jam 9.00 pagi.
Jam menunjukkan jam 10.20 pagi. Kami mula bergerak memulakan perjalanan. Melayu sungguh gua rasa ketika ini.
Puncak Rock, 1100hrs
Akhirnya tiba di Puncak Rock. Gua mengucapkan syukur sambil mencari tune yang sedap untuk gua menyanyikan lagu Nyanyian Serambi. Setelah lama mencari, gua memilih note E sebagai pembuka suara.
Andai kasturi hilang harum,
Mawar tak berkuntum,
Cinta tak bersambung.
Biar emas setinggi gunung,
Kan ku peluk rimbun ampun,
Rahmat yang Maha Agung..
Suara serak-serak basah gua dihentikan dengan suara Keyi.
"Jangan sampai aku nampak kau. Aku ludah muka kau. Puii. Puiii. Aku ni keturunan panglima. Puiii. Puii!!" ujar Keyi sambil meletakkan parang di dada. John sibuk mengambil video. Jelas mereka sedang meniru video ni.
"Bro, industri menaik gunung ni kecik je. Korang jangan campur adukkan hal menaik gunung dengan hal politik" tegur gua dengan gaya mama juwie. Bekerja sebagai pegawai kerajaan, tujuan John membuat video ini sangat jelas..
Keyi dan John tersipu-sipu malu mendengar nasihat gua.
Kami bertiga meneruskan [erjalanan ke arah 300 Deg dari arah utara.
Dataran Popi, 1140hrs
Exit Point. Sebuah lereng gunung yang telah dibersihkan dan ditanam dengan sayuran bernama kamsan. Heran jugak gua macam mana diorang boleh celarkan hutan dan buat batas pada ketinggian 1800m dari aras laut.
Perjalanan seterusnya adalah melalui kebun kamsan dan sekali-sekala melali kebun kubis. Perjalanan yang mudah tiba-tiba dihalang oleh 2 ekor makhluk mistik. Dengan ilmu kebatinan gua, gua perhati dalam-dalam 2 ekor makhluk tersebut. Ternyata 2 ekor penunggu gunung itu tidak berbahaya kerana sudah 'dirantai' oleh tuannya. Kami meneruskan perjalanan.
Tanah Rata, 1600hrs
Lega rasanya bila dapat melihat tamadun. Yang paling lega tentulah Keyi yang ditemani tunangnya. Kami bertiga sepakat memesan nasi goreng kampung telur mata.
Selesai makan, gua dan John menghulur salam pada Keyi sebagai tanda berakhirnya pengembaraan kali ini. Sebelum berpisah, gua sempat berpesan pada Keyi agar tidak 'mengembara' terlalu jauh pada malam ini.
 |
| macam KRU kan? |
 |
| inilah rupa deria keenam yang gua 'dapat' dari Kiai Raden Salehul |
 |
| Gambar yang menghiasi muka depan New York Post |
 |
| semak samun yang bergelimpangan menutupi jalan |
 |
| kesan peninggalan pahlawan zaman silam |
 |
| "hal-hal politik jangan dicampur dengan hal menaik gunung" sound gua pada keyi |
 |
| kebun kobis |
 |
| 2 ekor penunggu gunung |
Berembun di Rock adalah catatan perjalanan menaik gunung dari Gunung Berembun ke Gunung Rock. Perjalanan ini telah dijalankan pada 31hb Disember 2011 hingga 1hb Januari 2012.