Segah namanya, begitulah gahnya gunung yang terletak di daerah Jelebu, Negeri Sembilan ini. Dengan ketinggian 1462m sari paras laut, gunung ini menyimpan seribu kenangan kepada semua peserta XPDC GBH Challenge. XPDC yang disertai oleh seramai 30 orang ahli kelab SRC UTM ini telah dilakukan pada 30hb Ogos hingga 1hb September 2007. XPDC ini sebenarnya adalah untuk memperkenalkan ahli-ahli baru SRC kepada dunia pergunungan selain daripada mengeratkan silaturrahim diantara semua ahli kelab.
30hb Ogos 2007
Semua peserta XPDC berkumpul di bilik kelab SRC sebelum bergerak ke perhentian bas FAB. Bas dijangka tiba pada pukul 11.00 malam. Tapi pukul 10.15 dah tercongok kat perhentian bas. Sembang-sembang dengan pemandu bas, dia kata dia tak tau jalan. Perjalanan dari UTM ke Kg. Chennah mengambil masa lebih kurang 5 jam. Ikut Highway PLUS. Kuar kat Tol Senawang untuk ambek Faris. Dari tol Senawang, kitorang ikut jalan Pantai yang menuju ke Bukit Tangga. Kat area Bukit Tangga nih, jalan dia berliku-liku. Tapi dah ok sket dari dulu sebab jalan dah besar. Kat Bukit Tangga nih gak ada satu jeram yang diberi nama Jeram Toi yang terletak di sebelah kanan jalan jika kita menghala ke Kuala Klawang dari Seremban. Sampai di Pekan Kuala Klawang, bas mengambil simpang ke kanan menghala ke Titi. Untuk sampai ke Kg. Chennah, bas sekali lagi membelok ke kanan mengikut papan tanda Balai Polis Kg. Chennah.
31hb Ogos 2007
Kami sampai di Jeram Gading Resort lebih kurang jam 4 pagi. Kami terpaksa tidur dulu di sini kerana bas tak dapat masuk ke starting point. Lepas lepak2 ngn tido, kira2 jam 11 pagi 4WD yang akan membawa kitorang ke starting point sampai. Perjalanan dari Jeram Gading ke starting point lebih kurang sejam 30 minit. Disebabkan 4WD ada satu je, jadi terpaksa buat 2 trip. Kami berhenti di satu simpang di mana simpang ke kiri akan membawa peserta ke Lata Kijang. Setelah semua peserta sampai, taklimat dan warm up pun dilakukan beserta dengan doa. Pada pukul 2.00 petang, kami memulakan perjalanan. Kami mengikut jalan tar sehinggalah terdapat satu simpang di kanan. Jalan nih adalah jalan balak. Jadi dapat dibayangkanla betapa deritanya para peserta. Dah r panas, jalan pulak mencanak. Memang sakit kepala r. Kami berhenti pada pukul 3 di saru signboard. Tak ingat plak signboard nih tulis apa. Suruh jaga keselamatan rasanya. Pas rehat 15 minit, perjalanan diteruskan. Jalan masih lagi jalan balak, tapi dah redup sket. Sampailah kami jumpa satu lagi simpang. Atas arahan guide, aku ngn 3orang lagi peserta gi recce simpang kiri. Lepas berjalan kira-kira 400m, guide mengesahkan jalan tu adalah jalan yang betul. Kitorang pon jalan r. Salam lebih kurang pukul 4 petang, kitorang sampai di Kem Hantu Air ataupun Kem Sungai Kering. Kat sini kitorang makan tengah hari n semayang. Kem Hantu Air ni adalah kawasan pertemuan 2 sungai ataupun lebih dikenali sebagai lidah air. Sebenarnya kami menunggu guide yang akan membawa kami ke puncak GBH. guide yang awal2 tadi cuma bawak sampai kat sini je sebab die nak gi Gunung Hantu. Kira2 jam 6, guidepun sampai. 6.15, kitorang bergerak ke puncak dengan mengambil satu lorong yang terletak di sebelah kanan kem nih (jika kita mengadap sungai). Trek kali nih lebih jungle sebab banyak resam da pokok tumbang. Macam skil yang digunakan untuk melepaskan diri dari onak dan pokok2 tumbang. Trek lembap2 sket menyebabkan ramai peserta terdedah kepada serangan pacat. Hasilnya, ramai peserta yang akhirnya menjadi penternak pacat yang berjaya.huhu. Kami tiba di Kem Orkid pada jam 8.15 malam. Kem Orkid nih besar la jugak. setakat 40 orang tu, selamba je boleh muat. Tapi kawasan nih agak berangin. Jadi kesejukan dapat dirasakan. Pas makan n semayang n taklimat perjalanan esok, semua peserta tido pada jam 12 tgh malam.
1hb September 2007
Hari bermula agak awal. Seawal jam 4 pagi para peserta dikejutkan untuk menyediakan sarapan dan makan tengah hari. Sebab kami terpaksa mengejar masa. Janji ngn driver bas pukul 6 kat Jeram Gading Resort. takut tak sempat. Pas siap masak, makan n packing, kami bergerak ke puncak pada pukul 7 pagi. Tapi kali nih tak bawak haversack. haversack ditinggalkan kat Kem Orkid. Trek ke puncak lebih mencanak. Tapi seb bek tak bawak haversack. Jadi masih boleh bernyanyi riang. Kalo ada haversack, mmg nangis r.huhu. Trek kali nih dihiasi dengan fauna yang berbeza. lebih banyak lumut dan pokok renek. Tiba di puncak lebhi kurang jam 8.30 pagi. Puncak agak kecil, ditandakan dengan beirut. Di sebelah belakang puncak tu ada r kawasan berkemah. muat r untuk 2 khemah. Pas bergambar dan mengibarkan jalur gemilang, pada pukul 9 pagi, kami bertolak turun. tiba di Kem orkid pada pukul 10.30pagi. Pas kemas2 kemsait, pukul 11 bertolak turun. dengan kelajuan yang tidak terbatas akibat daripada aura air terjun kijang jatuh, kami tiba di kem hantu air pada jam 11.50. Rehat kejap, sebelum sambung berjalan pada pukul 12.00 tgh hari. Trek balik sama macam trek nak pergi haritu. tapi pada Signboard tempat berhenti haritu, kami amek simpang ke kanan menuju ke air terjun. Hati berbunga riang apabila terjumpa tangga besi yang menandakan air terjun terletak tidak jauh dari situ. Setelah menuruni sebanyak 338 anak tangga, maka kelihatanair terjun yang dinantikan.huhu. Apa lagi, ramai r yang menjelma menjadi hantu air.huhu.Kira-kira jam 2.30, kitorang berangkat pulang. Kali nih trek tar pulak. Memang menguji lutut r. dah r mencanak. mmg sakit jiwa. Alhamdulillah, sperti yang dijadualkan, kami tiba di starting point jam 3.30 petang. akhirnya pada jam 9 malam, kami menaiki bas dan tiba di UTM pada pukul 5 pagi..
alam bukan untuk dinikmati, tetapi dihayati
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

0 pendapat tak boleh pakai:
Post a Comment