
Korang pernah dengar tak pasal teori hanyutan benua? Teori ni cakap, dahulunya, smua daratan adalah bercantum. tapi lama-kelamaan, daratan ni terpisah. Kalau korang tengok kat peta, boleh nampak seolah-olah benua-benua ni boleh dicantumkan macam sebuah jigsaw puzzle yang besar. Tak caya? cuba korang tengok peta..hehe
Teori ni sebenarnya dipopularkan oleh Alfred Wegener pada tahun 1912. Mamat Jerman ni cakap, 500 juta tahun dahulu semua daratan adalah bercantum. Daratan ni plak dipanggil Pangea. Kira-kira 180 juta tahun dahulu, Pangea ni mula bergerak perlahan-lahan dan terpisah. Jadilah benua-benua yang ada sekarang.
Sekitar abad ke 20, ada satu grup saintis ni plak buat satu research. Diorang cakap, pergerakan benua telah diukur dan bergerak selaju 1 hingga 5 cm per tahun. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)
Maknanya teori Wegener ni betul la. Kalau tak betul, maknanya Carolyn Sheets and the gang pon tipu la. korang rasa betul ke tak betul teori Wegener ni? Betul ke Wegener orang yang pertama tahu pasal pergerakan bumi ni?
Untuk menjawap soalan di atas, sila selak tafsir al-quran. Cari surah An-Naml. Ayat 88. Kalau korang malas nak bukak, aku tolong paste kat sini.
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Quran-27:88)
-http://www.keajaibanalquran.com/earth_movements.html
-http://en.wikipedia.org/wiki/Alfred_Wegener
-http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

1 pendapat tak boleh pakai:
satu pos yang menarik jib
Post a Comment