Pages

2011-01-27

Aron Ralston

“A hand and forearm are not a life.”

Hero of the month

Aku suka baca reader's digest. Artikel-artikel dalam reader's digest boleh dikatakan semuanya lebih bermanfaat daripada artikel-artikel majalah mangga. Tapi suatu ketika dulu, gambar-gambar dalam mangga pun boleh dikatakan bermanfaat – kalau korang faham maksud aku la. Tapi bahagian paling aku suka dalam reader's digest adalah ruangan joke. Lawak diorang lawak real-life.. Pembaca boleh hantar lawak diorang dan kalau disiarkan, akan dapat duit. Aku pernah hantar. Tapi tak disiarkan pon.hampeh.mungkin aku tak cukup kelakar.

Satu lagi bahagian yang aku suka baca adalah Everyday Heroes. Cerita tentang orang kebanyakan yang menjadi inspirasi kepada masyarakat sekeliling. Hero sebenar masyarakat. Bukan cerita pasal superman tetapi cerita pasal suparman.

Sebab aku malas gila update blog, jadi aku rasa aku nak buat siri hero of the month. Dengan cara ni, aku ada semacam satu kewajipan untuk update blog sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tapi kalau aku gagal, aku mungkin akan tukar tajuk siri ni menjadi hero of the year ataupun hero of the decade. Untuk entry pertama dalam siri ni, aku persembahkan.........aron ralston.....

Pelajar kejuruteraan

pelajar mechanical engineering di Carnegie Mellon University, Pittsburgh, Pennsylvania yang suka memanjat gunung. Impian dia adalah untuk memanjat The 14ers – puncak-puncak yang melebihi 14 ribu kaki di Colorado.

Satu hari aron ralston buat gila. Dia gi panjat Blue John Canyon. Gila sebab dia buat solo trip. Tak ajak kawan-kawan - Aku bajet kawan-kawan dia tidur kat bilik pas semalaman berparty.

Panjat punya panjat, seketul batu jatuh dan hempap tangan kanan dia. Mengikut dari sumber aku, batu tu seberat 800-1000lb - Lebih kurang 450kg kalau korang suka pakai unit metrik. Untuk lebih penghayatan, sila layan gambar di bawah.


Pelajar perubatan

Dia memang gila sebab gi solo trip. Lebih gila bila dia tersepit kat batu selama 5 hari dengan sumber makanan yang terhad. Tapi dia sangat gila bila dia ambik keputusan untuk potong tangan dia dalam usaha dia untuk melepaskan diri – kalau korang rasa ngeri, sila baca lagi untuk lebih kengerian.

Sepanjang lima hari tu, dia gunakan pisau yang dia bawak untuk cungkil batu besar yang bersandar kat tangan dia – gila gak kalau dia fikir pisau kecik dia tu boleh alih batu besar.

Hasilnya, pisau dia tumpul. Dan...dengan pisau tumpul tu la dia kerat tangan dia. Mula-mula tak dapat potong, tapi dia tekan gak pisau tu sampai terpotong tangan dia.

Aku tak tau dia belajar medic kat mana. Tapi sebelum dia potong tangan dia, dia patahkan siap-siap tulang tangan.

'Senang aku nak potong tangan aku', ujar Aron.

Kalau korang amek biologi, korang mesti tau tendon. Tendon ni yang menjadi penghubung antara otot dan tulang. Tendon nih liat. Jadi Aron guna playar untuk putuskan tendon dia – kau memang gila Ron.

Dah siap potong tangan, dia dengan selamba abseiling turun ke bawah sebelum jumpa dengan pendaki lain yang akhirnya membantu Aron. Bawah ni gambar peralatan yang Aron guna untuk potong tangan dia.

127 hours

127 jam. Jumlah masa dia tersangkut kat batu tu. Juga tajuk filem Danny Boyle - Pengarah filem slumdog millionaire.

Danny Boyle buat filem ni berdasarkan video klip yang aron buat sepanjang 5 hari dia tersangkut kat celah gunung. Aku tak tau cerita ni dah ditayangkan belum kat Malaysia. Tapi kalau korang nak gi tengok, ajak aku.



ps: gambar diambil dari http://aronralston.blogspot.com/

2 pendapat tak boleh pakai:

joehidinie said...

Nice post..aku baru tgk movie ni kat wayang tadi... memang btol2 ngeri.. ngeri kat part potong tangan tu la.. :D

jenanese said...

lu tengok kat mana bro? dah kua wayang ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...