Pages

2012-01-03

Berembun di Rock | Episod Pertama

Ramai yang bertanggapan bahawa jalan yang paling cepat ke Cameron Highland dari Kuala Lumpur adalah melalui Simpang Pulai. Tanggapan ini sebenarnya salah. Sebenarnya, jalan yang paling cepat untuk ke Cameron Highland dari Kuala Lumpur adalah melalui jalan udara.

Tapi sebab helikopter gua tengah repair, gua dan John memutuskan untuk menggunakan jalan Simpang Pulai. Cepat tak cepat, empat jam jugak kitorang drive.

Di CH, atau lebih tepat lagi di Hotel Jasmine, Keyi sedang nyenyak tidur beralaskan tilam empuk. Cilakak punya Keyi. Nasib baik kitorang sampai pukul 4.30 pagi, sempat jugala merasa tidur di Hotel Jasmine. (Penginapan di Hotel Jasmine ditaja oleh Saudara Keyi)

MARDI, 0900hrs

"Apeke bangang kau tak bawak ground Jib" Marah john sambil cuba menendang rusuk kiri gua.

"Rilekla. Baru jungle" Jawap gua sambil menepis tendangan John dengan menggunakan Kilas Sangga Maut.

John terpelanting sejauh 2meter sebelum terduduk di atas satu banner yang bertaburan di atas jalan raya.

"Takpelah, kita guna banner ni je" ujar John sambil menahan sakit.

Gua mendengus.

Puncak Berembun, 1130hrs

Takdela lama sangat perjalanan ke Puncak Berembun. Ngam-ngam satu lagu Tiada Lagi Kidungmu nyanyian Nash kalau dinyanyikan satu patah perkataan untuk setiap 237 langkah.

Sampai di Puncak Berembun, Keyi terus mengeluarkan BlackBerry beliau, snap gambar dan terus share di Twitter. Dalam masa seminit, New York Post telah menjadikan gambar tersebut sebagai front page.

Tiga Pemuda Kacak Menawan Puncak Berembun. Begitulah lebih kurang tajuk akhbar New York Post setelah diterjemahkan. Power betul teknologi zaman sekarang.

Dengan semangat yang jitu umpama seekor harimau akar, kami meneruskan perjalanan dan membuat keputusan untuk makan tengah hari semasa dalam perjalanan nanti.

Lokasi tidak bernama, 1230hrs

Gua membatukan diri. Mata gua pandang ke bawah. Gua cuba membuka deria keenam gua.

"Kita dah salah jalan ni" ujar gua

Keyi dan John terpinga-pinga melihat kehebatan deria keenam yang gua 'dapat' daripada Kiai Raden Salehul semasa gua menuntut di Kepulauan Jawa dulu.

"Kita berhenti makan dulu sebelum backtrack ke Simpang 1800. Ini penting supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk mendaki" ujar gua penuh gaya sambil menyembunyikan niat sebenar gua untuk merehatkan kaki gua yang cramp.

Malula gua kalau diorang tau gua cramp.

Simpang 1800, 1330hrs


Kedudukan Simpang 1800 disahkan oleh deria keenam gua. Setelah berehat beberapa minit, perjalanan diteruskan dengan menebas onak dan duri serta semak samun yang bergelimpangan menutupi jalan. Kadangkala, pokok-pokok sebesar 5 pemeluk ditebang untuk membuka jalan.

"Marking di pokok kecil serupa macam merogol budak bawah umur" John mengingatkan para peserta supaya tidak menakik pokok-pokok kecil.

"marking di pokok tua serupa macam merogol nenek menopaus" balas gua.

Cilakak!! Terlepas simpang lagi. Hujan mulai lebat. Dengan bersusah-payah, kami backtrack untuk mencari jalan kebenaran.

Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakkal, kami akhirnya bertemu dengan jalur merah putih yang diikat pada pokok. Bekas peninggalan pahlawan zaman silam.

Lembah Gelongsor, 1700hrs

Serupa namanya, kami bertiga terpaksa menggelongsor dengan kelajuan 2m/min untuk sampai ke sini. Selayaknya sebuah lembah, di depan kami terhidang satu lereng yang curam. Setelah gua congak-congak menggunakan Theorem Pythagoras, ternyata kecerunan lereng adalah 80 degree.

Memanjat lereng yang sebegini curam sambil menebas bukanlah pilihan yang terbaik. Lantas kami membuat keputusan untuk menyusuri charoh ke arah kira-kira 22 Degree dari utara dan kami akhirnya bertemu dengan kawasan tanah runtuh.

Mendaki lereng runtuh dalam cuaca hujan bukanlah pilihan yang selamat. Titis-titis hujan akan melembutkan struktur tanah dan seterusnya boleh menyebabkan lereng yang sudah sedia runtuh, runtuh lagi. Lantas, pilihan pertama digunapakai dan John diarahkan untuk menebas. Hari mulai gelap dan guruh berbunyi sekali sekala.

Separuh perjalanan, John mula berasa penat lantas membelakangkang keputusan kumpulan. John menyusur tebing runtuh.

"Hati kau memang keras John" ujar gua dalam hati sambil menuruti langkah John.

Kem Sejatuh Telur, 1830hrs

John melaungkan azan sambil gua mengucapkan syukur kerana Allah masih memanjangkan umur gua.

Fly dipasang menandakan masuknya waktu berhenti trekking dan sesi memasak akan bermula. Menu menarik seperti Maggie ayam hangit, drummet ayam dan Teh O 3 uncang menjadi santapan.

Jam 11 malam semua peserta mula diulit mimpi indah kecuali gua. Gua nekad untuk membawa ear plug pada trip-trip yang akan datang supaya kesejahteraan tidur gua tidak lagi diganggu oleh bunyi-bunyian halus dan kasar dengkuran rakan-rakan.

Bagaimanakah nasib Najib, John dan Keyi? Siapakah dalang di sebalik pembunuhan JFK? Bilakah pilihanraya umum akan dijalankan? Semuanya akan terjawap di dalam episod kedua siri Berembun di Rock. Nantikan kemunculannya. 

5 pendapat tak boleh pakai:

Zafira said...

hahaha.. lawaklah pokcik entry ni. tak ada satu paragraph pun yang ambe dok ketawa. haha.

pokcik hiking di mana ni? nampak memang macam experience sebenar.

btw, last paragraph cannot go. JFK.. haha. :p

Nur Yana said...

mmg kelakar. makin hebat writing skill ko. tepuk3x

jenanese said...

zafira,
hiking di mana akan diceritakan di episod kedua..stay tuned..hehe

yana,
terima kasih.ini semua berkat tunjuk ajar sorem..

Zafira said...

cepat sikitlah buat sambungan. nak baca. buat hilang stress exam. haha. serius aku paling suka entri ni. repeat baca tak bosan woh. rasa nak suruh kau buat buku je, haha. cepat cepat siri kedua. :p

Anonymous said...

steady la jib. ni kire menyondol la kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...