Pages

2012-02-03

Student Recreation Club

Student Recreation Club atau lebih power disebut sebagai SRC adalah satu kelab rekreasi di UTM, Skudai. Menurut sejarah, SRC telah wujud sejak tahun 1995 lagi. Bermakna, sudah kira-kira 16 tahun SRC memeriahkan industri rekreasi. Tidak keterlaluan jika dikatakan SRC adalah antara kelab rekreasi pertama yang wujud di IPT Malaysia.

Cilake ape gua cerita pasal sejarah SRC. Sejarah SRC ni lebih wajar jika diceritakan oleh Kiai Raden Salehul. Adalah lebih baik gua menceritakan bagaimana gua boleh terlibat dengan SRC.

sebenarnya tujuan gua masuk src adalah untuk mengurat awek-awek cun macam maria dan lisa masa KAR. KAR adalah singkatan kepada Kursus Asas Rekreasi. Satu kursus pengenalan yang dikendalikan oleh ahli kelanb SRC untuk memberi pendedahan kepada ahli baru dalam dunia rekreasi.

Tapi gua tengok fasilitator lebih pantas mencucuk jarum. dengan status sebagai fasi, laluan mereka lebih mudah berbanding gua. dengan berbekalkan flysheet dan groundsheet fasi-fasi sibuk mengurat Maria dan Lisa.

gua cuma mampu menumbuk pancang khemah bila gua melihat kemesraan fasi dengan maria dan lisa. sakit juga tangan gua menumbuk pancang khemah, tapi gua menten macho. napi cuba memecah monopoli fasi, dengan cuba menghasilkan gajet seperti meja menggunakan kayu. tapi atas sebab faktor fizikal, napi gagal.

kegagalan napi mengatasi fasi walaupun mempunyai skill membina gajet telah membuka mata gua.

'gua kena lebih banyak menuntut ilmu mengurat sebelum gua dapat mengurat awek SRC' ujar gua pada diri sendiri.

sehubungan dengan itu, gua telah mengasingkan diri dari semua aktiviti SRC selepas berakhirnya KAR. Napi dan Khoudry masih meneruskan aktiviti seperti nite walk. gua tau niat sebenar mereka adalah untuk mendapatkan awek SRC. Napi ketika itu sudah mula menunjukkan kemajuan apabila berjaya meminjam motor mokyah (seorang senior SRC). sebagai pelajar tahun pertama, meminjam motor mokyah bolehlah dianggap sebagai power.

Tapi cita-cita gua lebih besar. Target gua bukan awek seperti Mokyah. target gua adalah Maria dan Lisa. jadi untuk memantapkan ilmu mengurat gua, gua banyak pergi berkelana dan mengembara. Hampir setiap minggu gua berkelana untuk mendalami ilmu mengurat.

Ilmu memberi bunga, ilmu menyanyi dalam telefon, ilmu memujuk, ilmu surprise, ilmu bagi hadiah, ilmu bersahabat dengan kawan baik awek, ilmu pergi Genting Highland, ilmu makan bersuap, semua gua belajar. Pendek kata hampir semua ilmu mengurat gua belajar.

Setelah gua benar-benar yakin dengan diri sendiri, yakni kira-kira setahun selepas KAR, gua kembali pada SRC dengan mengikuti trip ke gunung stong. senior-senior SRC pada masa tu seperti names, maro, bob dan nizam yang dulunya fasi gua, gua pandang sebelah mata.

Benih-benih percintaan mula gua tanam pada awek-awek SRC. Gua tidak mahu tergopoh gapah. mengurat ini perlukan masa. Gua terus mengikuti aktiviti-aktiviti SRC dan terus menyiram dan menyemai benih-benih percintaan. Selepas Stong, gua join pula aktiviti-aktiviti lain.

The rest as they said, is history.

Mokyah
Peserta wanita KAR batch gua. A: Maria, B:Lisa
A: Khoudry B: Napi C: Maro (senior). gua tak join program ni sebab gua pergi berkelana.

8 pendapat tak boleh pakai:

farahfad said...

gila tipu itu maria

Anonymous said...

nak harom betul. lu join benda alah ni langsung takde keikhlasan. itu pasal la kegagalan sering mengekori sepanjang jalan! hahahaaa...!

jenanese said...

farahfad,
bukan ke?kahkahkah

SM,
gua ikhlas mengurat awek SRC bro.haha

Nizam.Ariff said...

keikhlasan lu mendalami ilmu mengurat memang gua respek habis...

Anonymous said...

sekarang awek2 src semua taraf2 maria helena. hehe

jenanese said...

aku,
terima kasih bro..

wawan,
cakap saje tak gune.kasi up gambar tengok..

cik meow said...

suke la bace...(= en najib ...hehe

Anonymous said...

Cilake ape gua cerita pasal sejarah SRC. Sejarah SRC ni lebih wajar jika diceritakan oleh Kiai Raden Salehul.

hahahahahaha..cam harem..gua selalu gak kena..siap dapat lecture dari teluk intan smpi cameron..pehh, nasib baik x cair taik telinga gua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...