Kalau nak dibayangkan, semangat ni serupa macam kentut juga. Kentut yang kuat biasanya tidak mempunyai bau. Kentut yang slow-slow ni biasanya memang banyak meninggalkan impak terhadap ruang pernafasan, ruang lif juga ruang minda. Gua yakin 9/10 daripada umat manusia pernah kentut di dalam lif yang penuh dengan orang dan buat-buat tak tau.
Hal ini serupa dengan semangat. Semangat yang dilepaskan secara perlahan-lahan biasanya lebih meninggalkan impak. Gua bukan bercakap pasal semangat jin jauh sekali semangat lautan. Ini gua bercakap pasal semangat yang orang panggil motivasi.
Balik kepada semangat dan kentut tadi. Kalau kita melepaskan semangat dengan kuat, biasanya ia tidak akan meninggalkan impak. Serupa macam taik ayam. Hangatnya sekejap je. Lepas tu sejuk dan dipatuk ayam lain. Cilake mana ayam makan taik ayam ni? Tapi itulah yang gua ingin sampaikan. Semangat serupa macam kentut dan kadang-kadang boleh disamakan dengan taik ayam.
Semangat gua untuk berjogging 3 kali seminggu ni bolehlah dikatakan sudah berusia setahun lebih. Tapi biasanya dapat tahan 2 ke 3 minggu sahaja. Persoalannya sekarang, semangat gua ni semangat kentut atau semangat taik ayam?
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

4 pendapat tak boleh pakai:
gua rasa lu punya semangat lebih ke arah kentut yang bau taik ayam. jadi lu perlukan dorongan, contohnya awek2 seperjogingan.
SM,
kehkehkeh..gua terharu ada rakan yang memahami jiwa gua ni..
mujur gua tergolong dalam 1/10 tu.haha
matpih,
lu jgn temberang gua..haha
Post a Comment