Dalam dunia pekerjaan, ada dua peraturan yang sering
dilaungkan oleh seorang insane yang bernama bos. Seriusly, aku memang mengeja
insane instead of insan. Jadi sila jangan pertikaikan. Dua peraturan ini adalah
senjata tajam jika tidak celaka untuk menjatuhkan moral para pekerja.
Sebenarnya, sekiranya dihalusi, kedua-dua peraturan ini
kelihatan bijak sekiranya digunakan pada masa yang betul. Tapi jika lebih
dihalusi, ia tidak lebih dari sekadar tahi jika digunakan secara salah.
Penggunaan kata tahi ini berbunyi agak keras. Jadi aku tukarkan menjadi najis.
Tapi jika lebih dihalusi, ia tidak lebih dari sekadar najis jika digunakan
secara salah.
Well, kebanyakan insane akan menganggap mereka
menggunakannya pada masa yang betul, which is menunjukkan mereka kelihatan
bijak. Tetapi masalahnya, mereka tidak sedar apa yang keluar dari mulut mereka
hanyalah sekadar najis, which is menunjukkan IQ mereka lebih kurang sama dengan
pekerja jika tidak lebih rendah. Cumanya, well, mereka bos.
Dua peraturan ini adalah;
1) Bos
sentiasa betul
2) Bos
sentiasa mahukan pekerja yang mampu berfikir dan bukan hanya menjadi yes man.
Bayangkan seorang insane yang sedang membentangkan ideanya
di hadapan seorang pekerja. Sebagai seorang pekerja yang patuh, dia sentiasa
mahu menjadi seorang pekerja yang seorang insane mahukan, which is tidak
bersifat yes man. Dan sebagai seorang yang tidak bersifat yes man, sudah tentu
dia akan cuba
untuk melontarkan idea. Namun, walau sebaik manapun idea pekerja itu, rule
nombor 1 still apply, bos sentiasa betul.
Kerana aku bukanlah seorang insane, hal-hal seperti ini
memang menjadi dilema jika tidak konflik dalam diri aku.
Dan sebagai seorang pekerja, aku rasa, kerja yang paling
power adalah berhenti kerja.

5 pendapat tak boleh pakai:
i know exactly what u're talking...
I have bosses but never subordinates...
haha. Brhenti kejelah. Aku dgr pun letih. Apapun sbr. Bulan puasa kna bnyk sbr. Keh3x.
memang insane..kat spital pun sama je jib..mentaliti ni kelas ketiga..bila nak maju?
Nizam Ariff,
kehkehkeh.ada banyak bos lagi pening kepala.
Nur Yana,
I.Allah kalau ada rezeki lebih aku berhenti kerja..haha
Matpih,
Spital pun jadi camni?Bos stail Dr. House ke pih?
Sorry in advance - Sempena Ramadan yang mulia dan Syawal yang suci, mungkin kau boleh mengusahakan pelan secara bertenang-tenang untuk mencari rezeki lain, eheh.
It's a fact that environment affects our life.
Post a Comment