Akmal pandang Rajab. Rapat.
"Kalau bukan kita siapa lagi? Manusia perlukan adiwira. Sebab tu ada banyak komik superhero. Kita kena jadi hero. Hero SRC"
Akmal mendengat tekun.
"Kita kena pergi trip recce tu" Rajab menghabiskan bicara.
"Aku setuju" Balas Akmal
........
BGY 4775 meluncur dengan kelajuan 100km/j di sepanjang lebuhraya PLUS. Pemanduan Akmal nampak meyakinkan walaupun sekali-sekala dia meminta chewing gum untuk mengurangkan ngantuk. Pemanduan yang konsisten dan jitu membolehkan kami sampai di Kampung Raja pada jam 4.30 pagi. Tiga kali berhenti. Satu di Shell Tapah, satu di jambatan Sungai Jasar, satu di selekoh permatang Pass - .1465. Sampai di Cameron pada jam 4.30 pagi adalah satu hal yang boleh dibanggakan. Mengikut track record sebelum-sebelum ini, pukul 4.30 pagi biasanya adalah waktu mengambil tiket tol di Plaza Tol Rawang.
"Teh tarik satu. Ais tamau, tarik tamau"
Kedengaran seorang bangla membuat pesanan di Restoran Mira. Aku tak ingat nama sebenar restoran ni. Mira adalah nama anak tokey restoran. Mengikut pengamatan, Mira mungkin masih bersekolah menengah dan kami percaya dia adalah seorang perempuan. Kami menghabiskan roti canai dan membungkus nasi lemak untuk bekal makanan tengah hari di Restoran Mira.
Tepat jam 9.30 pagi waktu Kampung Raja, Akmal, Rajab, Maro, Najib Mimi sudah berada di starting point. Starting point terletak di satu selekoh jalan raya yang memotong permatang Pass ke Puncak 1465. Doa dibacakan oleh Saudara Akmal Hamizi dan diaminkan oleh rakan-rakan yang lain. Semoga doa tersebut turut diaminkan oleh malaikat-malaikat yang kebetulan berada di situ.
Perjalanan dimulakan dengan melalui jalan balak. Permulaan denai dihiasi dengan kebun orkid liar sebelum masuk ke kawasan hutan sekunder. Di sebelah kanan denai kelihatan sebuah puncak yang dipercayai Puncak 1465. Namun hal ini tidak dapat dipastikan lagi setakat ini.. Terdapat beberapa kesan cantas menandakan denai ini pernah dilalui orang. Terdapat juga tape merah yang diikat pada pokok. Perjalanan sesekali diberhentikan untuk membuat aktiviti recce apabila denai tiba-tiba mati.
![]() |
| kebun orkid liar |
Denai tiba-tiba menghala ke kiri sedangkan puncak yang ingin dituju berada di kanan.
"Jalan je, kita mungkin akan berjumpa dengan permulaan permatang" Mimi memberi keyakinan.
Setelah kira-kira 60 minit berjalan, kami sampai di satu puncak yang tidak bernama. Dari situ, jelas kelihatan puncak Gunung Pass. Adalah dipercayai puncak ini dahulunya bersambung dengan permatang yang menghala ke puncak Gunung Pass. Namun permatang tersebut telah dipotong untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya Simpang Pulai - Cameron Highland. Di bawah kami jelas kelihatan lebuhraya yang dimaksudkan.
Pemusatan fikiran digandakan untuk meningkatkan ether energy. Dengan bantuan Kiai Raden Salehul, deria keenam dibuka dan dengan izin Allah kami dapat melihat kawasan sekitar dari pandangan mata seekor burung. Setelah perbincangan dilakukan, pergerakan diteruskan menghala ke arah utara, meninggalkan jalan raya di belakang kami.
![]() |
| membuka deria keenam |
Kami menuruni permatang yang agak bersemak-samun. Parang digunakan sepenuhnya untuk membuka laluan. Makam menebas yang paling tinggi ditunjukkan oleh Maro yang hanya menebas menggunakan mulut. Sungguh tinggi ilmu Maro rupanya. Denai terus menurun, seperti yang digambarkan oleh kontur di dalam peta yang dibekalkan oleh Saudara John (Semoga anak beliau selamat menjalani pembedahan) sebelum sampai di kawasan yang landai.
Denai seterusnya bertukar menjadi luas dan terang. Tidak banyak kerja menebas yang perlu dilakukan namun Rajab dan Akmal sibuk membuat marking di pokok-pokok bagi memudahkan kerja-kerja backtrack nanti.
Profil denai seterusnya menunjukkan trend mendaki namun permatang masih terang. Sekali-sekala kelihatan marking bernombor di batang pokok dan tiang bercat merah menandakan kami bukan kumpulan pertama yang memasuki denai ini. Perjalanan diteruskan sehingga tiba di satu puncak. Di sebelah kanan puncak kelihatan beberapa puncak lain yang belum dikenalpasti identiti mereka.
![]() |
| marking bernombor dan tiang dicat merah |
Rajab dan Akmal terus memanjat pokok untuk mendapatkan visual yang lebih jelas. Deria keenam tidak digunakan untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Hal ini menyebabkan Rajab dan Akmal terpaksa menggunakan kaedah reseksyen kuno untuk mendapatkan kedudukan terkini.
![]() |
| reseksyen kuno |
Setelah beberapa minit berbincang, kami sepakat mengatakan yang kami berada di Puncak A. Puncak ini kelihatan di atas peta namun nama A diberikan oleh kami sendiri. Jangan pula cari Puncak A di peta. Ini menunjukkan kami berada di jalan yang benar dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
Navigasi dan rintisan seterusnya diketuai oleh Akmal dan Rajab. Kombinasi ini kalau boleh dibandingkan tidak ubah seperti kombinasi Thierry Henry dan Robert Pires semasa zaman kegemilangan Arsenal circa tahun 2003 - 2004 dahulu. Apa? Robbie Van Persie? RVP ni tahap buku lali Pires je.
Denai kembali menunjukkan profil menurun dan Rajab terpaksa menggunakan tenaga untuk menerangkan laluan. Perjalanan kali ini dihiasi dengan najis binatang yang tidak dapat dikenalpasti. Longgokan najis yang berukuran lebih kurang 30cm x 30cm ditemui sebanyak dua kali. Perjalanan diteruskan dengan lebih berhati-hati.
![]() |
| najis binatang |
Kira-kira jam 12.45 petang, perjalanan kami dikejutkan dengan serangan lebah. Tiga peserta (Rajab, Akmal, Najib) gagal menyelamatkan diri dari sengatan lebah. Kami berundur kira-kira 100m dari tempat kejadian untuk mendapatkan rawatan.
Krim Calamine disapu pada tempat yang disengat. Kami mengambil kesempatan ini untuk menenangkan diri dan menikmati hidangan tengah hari. Sesungguhnya epal dan nasi lemak memang sangat sedap dimakan ketika perut lapar.
Jam 1.45 petang kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Jamung yang diperbuat daripada solid fuel digunakan untuk menghalau lebah. Malangnya solid fuel yang diharapkan dapat mengeluarkan asap untuk menghalau lebah jatuh betul-betul di tempat serangan tadi.
Dengan nekad, kami redah.
"Recce man, recce man, this is last man" Rajab menghubungi Maro dengan menggunakan radio Yaesu FT60 buatan Jepun.
"Kami tertinggal di belakang. Lebah mengerumuni asap solid fuel" tambah Rajab.
Binatang mengerumuni asap adalah satu hal yang membingungkan fikiran. Rajab dan Akmal diminta tunggu sehingga lebah-lebah beredar sebelum meneruskan perjalanan.
Denai seterusnya betul-betul mencabar kesabara. Permatang dilitupi oleh belukar yang tebal dan sukar ditebas. Ajaibnya, dari paras peha ke bawah, laluan adalah terang.
Ini kemungkinan besar adalah denai utama yang digunakan binatang. Teori ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan tanah yang terkopak seolah-seolah dikuis oleh sesuatu. Kami terpaksa merangkak untuk melepasi terowong belukar sementara Mimi membunyikan wisel untuk menghalau binatang-binatang yang dikhuatiri berada berhampiran.
Kira-kira jam 2.30 petang, kamitiba di puncak yang kami namakan sebagai Puncak Bertenang. Hujan renyai-renyai mula turun. Selang beberapa minit, Akmal dan Rajab tiba. Hujan mulai lebat dan fly dipasang untuk memudahkan kerja-kerja membancuh air milo.
Kami berpatah balik pada jam 3.00 petang dengan ditemani hujan yang agak lebat. Kami tiba di starting point pada sekitar jam 4.30 petang.
![]() |
| selamat pulang |
p/s: untuk rekod. kereta diparking di kampung MTD. Rajab dan Akmal kemudiannya meminta bantuan seorang peniaga sayur (Zie) untuk menghantar mereka ke starting point. Dalam perjalanan pulang kami ditumpangkan oleh seorang Cina yang memandu Nissan Dmax.







9 pendapat tak boleh pakai:
1. tengok marking dah macam surveyor punya demarcation point...
2. tak sesat, tinggi ilmu ni kalau setakat bawak topo plan dengan prismatic compass...
SM,
kau kerja survey dulu kan? ada beberapa soalan untuk kau.harap sudi jawap.
1) apa maksud marking kat pokok yang ada nombor tu?
2) kayu cat merah tu untuk apa pulak?
3) kenapa surveyor masuk route2 macam ni?
p/s: ada satu GPS garmin 60csx (deria keenam).kalau setakat peta dengan compass memang ke laut la kami.
ya, dulu. sekarang dah kadang-kadang...
1. kalau nombor kat pokok takde kaitan dengan survey, tapi kalau bukan mat gian yang buat mungkin nombor tu berurutan untuk memudahkan orientasi/tracking oleh orang kemudian hari.
2. cat merah tu nak tanda mana letaknya batu sempadan (atau boundary line).
3. kami manusia biasa, kalau ada pilihan kami pun nak ikut jalan berturap.
gps handheld zaman sekarang lebih accurate. kalau dulu, radius 20m tu biasa. jadi ramai antara yang bercita-cita nak bela hantu raya...
SM,
ooo..boundary line..faham2..terima kasih atas tunjuk ajar.
20m?masuk gaung pun boleh macam tu..kehkehkeh
aku nak belajar menebas hutan guna mulut la... ko tunjuk ajar sikit dia punya mentera...
nizam,
akupun tak pandai gak benda ni.makam aku tak sampai lagi.
tapi dari apa yang aku perhatikan,orang yang ada ilmu ni dia tak bawak parang. tapi dia jalan belakang orang yang ada parang.
antara serapah yang aku dengar;
"cantas luas sikit.tak muat beg ni"
"onak duri ni kasi clear.sangkut baju"
bagus sungguh mentera tu...
keh keh keh....
hoho.. aku bukanlah jenis yang sukakan aktiviti seperti recce (bro, recce tu site survey kan?), but it's worth reading this entry. macam baca travelogue. why don't you submit ke akhbar or magazine untuk di-publish? haha. aku serius ni.
zafira,
yup..recce tu site survey..
aku pernah hantar ke majalah linur dulu..tapi tak berjaya..
benda-benda macam ni takde commercial value..kecuali kalau tempat yang kita pergi tu terkenal macam kinabalu ke, everest ke, tahan ke..
btw, mana pergi? lama tak nampak.
Post a Comment