Pages

2014-01-12

Menyelesaikan Masalah

Damia cukup suka dengan Upin Ipin. Gua rasa semua budak suka Upin Ipin.

Kegemaran Damia ni merupakan satu masalah pada gua yang gemar melayari laman facebook.

Kadang-kadang masa gua tengah syok stalk awek-awek selfie muncung itik, dia datang mintak Ipad dengan gua. Nak tengok Upin Ipin. Selalunya gua bagi dia set permainan masak-masak dan suruh dia masak untuk gua supaya dia tak jadi mintak Ipad. Kadang-kadang skill ni menjadi. Sibuk la dia masak nasi goreng ayam paprik, ikan goreng berempah dengan teh o limau laici untuk gua. Lupa la dia pada Upin Ipin. Kadang-kadang tak jadi dan gua terpaksa melupakan hasrat untuk Private Message awek-awek FB yang update status doa mintak jodoh. Ini amat mengecewakan gua.

Tapi masalah yang paling besar adalah masalah kehabisan data plan. Bila dah dapat Ipad, Damia bukan tahu sekejap tengok Upin Ipin. Paling kurang sejam. Data plan 2GB gua 2 hari boleh habis kalau Damia melayan Upin Ipin. Lu tau betapa kecewanya perasaan masa tengah seronok chat dengan awek FB yang selalu update gambar makanan, tiba-tiba data plan habis? Paling kecewa bila gua tak sempat mintak nombor telefon data plan dah habis.

Fikir punya fikir, gua akhirnya memperoleh satu idea menarik. 3 hari lepas gua download cerita Upin Ipin. Lepas tu gua pasang dekat TV. Hasilnya sangat memberangsangkan. Damia tak mintak dah Ipad dengan gua. Seronok betul gua.

Sekarang ni siapa yang boleh tolong selesaikan masalah gua? Dah 3 hari TV gua tak pasang cerita lain selain Upin Ipin.

11 pendapat tak boleh pakai:

nae nematoda said...

bukan budak-budak kalau tak layan upin-ipin ni...zaman kita dulu, usop sentoria je...hahaha

Nizam.Ariff said...

Aku dulu layan otromen lawan raksasa gabadon je..peliknya ngapa raksasa tak kuar kat kpg aku? Kalau muncul, boleh mintak otograf si otromen tu...huhu

jeb said...

Nang,
Usop sontorian memang legend..hehe

Bang nizam,
Gaban tengok tak? Hehe

Anonymous said...

sila berkunjung ke sen heng atau court maut. pasti jurujual kat situ tau caranya...

jenanese said...

abang botak,

adusss..parahh tuuu..kihkihkih

t.a.t.a said...

ye.. aku sokong botak.

jeb said...

Tata,
Adusss..tolong bagi idea yang tak rabak pokettt..hehe

Nizam.Ariff said...

Gaban zaman ko...
Masa Gaban aku dah tengok filem-filem Yusuf haslam je...

jeb said...

Bang nizam,

Ini mesti dating tengok citer sembilu ni..haha

tasekM said...

tak pe la 24 jam upin ipin pun... lu layan la awek... keh keh.


.

jeb said...

Tasek,

Haishhhh...lain macam komen ni. Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...