Pages

2014-03-25

Kejuruteraan

Tahun 2031

'Ayah. Ayah. Damia tak tau la nak ambik course apa untuk apply universiti.'

'Damia suka apa?

'Nak ambik kejuruteraan. Tapi kejuruteraan apa eh ayah?'

Gua tersenyum sambil menghidupkan Fatamorg, sebuah gajet hologram. Ya, pada tahun 2031, gajet smartphone telah digantikan dengan Fatamorg. Fatamorg adalah sebesar saiz alarm kereta dan apabila diaktifkan, skrin berbentuk hologram akan dipaparkan di hadapan kita. Tiada lagi masalah membawa gajet yang besar ke mana-mana.

Tangan gua menaip-naip di udara. Masa ni kita dah tak pakai keyboard. Fatamorg akan recognize pattern menaip kita dan translate ke bentuk huruf. Oh ya, Fatamorg akan mengesan anak mata kita dan skrin hologram akan mengikut arah kepala kita berpaling. Mudah kan?

Serta merta skrin hologram Fatamorg memaparkan satu halaman blog.

'Kejuruteraan yang paling ekstrem adalah kejuruteraan kasih sayang' jawap gua pada Damia sambil menunjukkan gambar-gambar dalam entry ini.

'Ok ayah. Damia faham' ucap damia sambil tersenyum.







3 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

dah besar budak tu...
terasa mcm baru smlm ko takbir kat telinga dia...

Anonymous said...

haah la, cepat betul membesar...

t.a.t.a said...

Aku tak dapat teka, Damia nak buat apa dengan kotak tu?

Damia nak main pondok² dengan baby eh? Sabar eh sayang. Coming soon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...