Pages

2014-09-30

Persoalan Kehidupan #1

Hidup memang penuh persoalan. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan belum tentu menjamin keputusan yang cemerlang dalam kehidupan.

Budak-budak straight A's, budak-budak 4 flat, budak-budak study oversea belum tentu boleh jawap semua persoalan kehidupan.

Saya bagi contoh soalan kehidupan. Sila jawap.

Anda sedang memandu di sebuah jalan kampung di Pantai Timur Malaysia bersama anak/adik anda yang berumur 3 tahun. Kelajuan kereta anda adalah antara 40 km/j sehingga ke 90 km/j bergantung kepada lori muatan apa yang berada di hadapan anda.

Setelah beberapa lama memandu, anak/adik anda tertidur. Destinasi anda berada lebih kurang 40km di hadapan. Tiba-tiba anda ingin membuang air besar. Tahap serius perasaan ingin membuang air besar bolehlah dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

Soalannya. Apa yang perlu anda lakukan? Jangan lupa adik/anak anda yang berumur 3 tahun sedang tidur di dalam kereta.


Semoga Berjaya.

Yang Benar,
Ketua Panitia Persoalan Kehidupan

2 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

Aku baca balik.....

Huh...berat tu, bro....x ada dlm buku teks..

jeb said...

haha..

berfikir sambil menahan sakit perut pun takde dalam silibus. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...