Pages

2014-10-12

Branding | Illuminaty Way

9/11. Taliban menyerang pentagon. Seluruh dunia menyalahkan islam. Seluruh dunia menggelar Islam agama pengganas. Amerika menjadi huru-hara. Dunia menjadi kalut. Semua orang dalam ketakutan. Ini masalah dunia. Pengganas harus dihapuskan.

Dan. Entah dari mana datangnya kekuatan dan keyakinan, Amerika menjadi hero dengan bersumpah akan mencari dalang di sebalik tragedi tersebut. Sedangkan mengikut logik, Amerika ketika itu adalah negara yang paling lemah kerana tidak mampu mengesan serangan pengganas. Bagaimana sebuah negara yang tidak mampu mempertahankan negara mereka mampu melawan pengganas?

Fast forward beberapa tahun kemudian, Amerika benar-benar menjadi hero apabila berjaya membunuh Osama Laden. Ia kemenangan dunia. Dunia berjaya menghapuskan pengganas yang menghuru-harakan dunia. Tetapi pemenang sebenar adalah Amerika. Amerika berjaya menjadi hero di mata dunia.

Persoalannya, adakah pengganas itu betul-betul wujud? Atau ia hanya ciptaan Amerika?

H1N1. Adakah ianya benar-benar wujud atau ia adalah ciptaan syarikat pengeluar vaksin H1N1?

Kekurangan gula dalam pasaran. Adakah benar-benar gula tidak mencukupi atau ia disorok peniaga?

Inilah dinamakan ORDER OUT OF CHAOS. Cipta masalah dan offer solution. Anda serta-merta akan menjadi hero. Imej syarikat anda akan meningkat secara positif.

Tidak perlu mencipta masalah besar bertaraf nasional. Cukup dengan masalah kecil.

Buyonline.com (rekaan gua) sengaja melambatkan penghantaran barangan kepada customer. Kemudian memberi barangan tadi secara percuma kepada customer sebagai tanda meminta maaf.

Syarikat Emas Gagah Enterprise (rekaan gua) menawarkan 10 skim pelaburan. Ketika semua orang sedang berlumba melabur, tarik satu skim dan katakan ianya tidak patuh syariah. Pelabur akan fikir 9 pelaburan yang lain adalah patuh syariah.




2 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

Perception....or is it deception?

jeb said...

Bang Nizam,
Deception to create perception. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...