aku gila sportsman masa zaman sekolah dulu. Cakap je apa nama sukan. dari ragbi, permainan yang paling lelaki sampailah ke bola tampar permainan lelaki yang banyak ponen suke main. Semua aku main. Aku bukan terer sangat pon. Setakat boleh je..boleh swing bola ragbi, boleh sepak bola, boleh lipat bola takraw sket2, boleh hayun kayu hoki walaupun jarang mengena bola hoki..Apa yang penting, aku dapat skip kelas. Ini adalah teknik ponteng kelas level intermediate masa zaman aku sekolah dulu..
haritu ada game hoki. Sebab kebolehan aku menghayun kayu hoki, aku berjaya paksa kapten pasukan letak nama aku sebagai pemain simpanan. Aku tak ingat sekolah aku dpat nombor berapa. Tapi aku ingat aku berjaya ponteng kelas biologi..Petang jugak baru aku sampai sekolah aku balik..Dan aku dikejutkan dengan satu berita..
“jib, kes ayam golek ko dah kantoi la”
“ko serius ke?”
“serius shit!!”
damn!!! mimpi ngeri aku bermula..aku, ayap dan param akhirnya dihadapkan ke muka warden2..dan akhirnya aku dikuarantin selama seminggu..lepas dikuarantin, hukuman ditukar kepada gantung sekolah selama seminggu..tipu gila chegu sharep..dia kata kat mak aku aku takkan digantung..mak aku mati-mati percaya..
9 tahun kemudian..2011..aku teringat balik kes ayam golek ni..rasa gila MENYESAL..aku kira agak bijak la. Result PMR pon cukup-cukup la untuk mak bapak aku datang dari shah alam tengok aku naik pentas..masa ni la chegu sharep dah tipu mak aku cakap aku takkan digantung..jauh mak aku datang semata-mata untuk ditipu..bila teringat mak aku menangis, lagila aku rasa MENYESAL..
satu malam pada 9 tahun lepas aku dah lempang sorang budak junior f2 sebab kes mencurik..malam tu dah light off..gelap gila..aku suruh budak tu datang katil aku..katil otai-otai mesti belakang sekali..aku yakin takde orang nampak dia datang katil aku..lepas aku tampar dia barang 10 kali, aku sembang-sembang dengan dia..aku yakin takde orang nampak aku lempang dia selain ayap dan param..aku yakin muka dia takde lebam-lebam..ni keje professional..mana boleh ada kesan bukti..
sekarang..bila aku ingat-ingat balik, aku MENYESAL..mana ada orang nampak aku lempang budak tu..mana ada orang bukti aku lempang budak tu..mana ada kesan lempang kat muka budak tu..damn!!aku MENYESAL mengaku aku tabuh budak tu..kalau aku tak mengaku, kalau aku mintak chegu bagi bukti, kalau aku berkeras sket, aku yakin aku takkan digantung..serius aku MENYESAL.
p/s: al-fatihah buat budak yang aku belasah tu. serius aku lupa nama dia. setahun lepas aku belasah dia, dia meninggal sebab denggi.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

2 pendapat tak boleh pakai:
macam ayam golek form 4 tu eh (bukan pukul, ayam golek betul2, tepi jamban.ingat tak?eheh)..semua orang tak mengaku..semua tak kena sebab takde bukti.heh
volleyball, sukan yang ramai lelaki ponen?misconception ni.haha
haaa...betol tu pih..kes bakar ayam tu tak kantoi sebab takde orang mengaku..kalau aku tak ngaku, aku rasa sampai skang diorang tak tau..ciss..
game lelaki yang ramai ponen main..kena faham betol-betol ayat ni pih..yang betol-betol main adalah lelaki..yang main-main adalah ponen..
Post a Comment