Pages

2011-02-26

Rock Shox Pike 454

Jumaat - 25/2/11 - 4.37 pm - Office
sedang gua sibuk buat-buat sibuk kat opis, tiba-tiba satu sms masuk.

"bro. gua nak angkat rock shox pike lu"
"berapa lu nak?" gua balas acuh tak acuh
"RM1100. ada bran?"
"esok pukul 5 petang jumpe kat damansara"
"deal"

gua simpan hp gua sambil senyum. ini sudah bagus. malam esok boleh bawak awek cun pegi shopping baju kapel-kapel. minggu depan gua boleh setel hutang-hutang gua yang bertimbun tu.

Sabtu - 26/2/11 - 3.30 pm - Hospital Klang

gua masih kat hospital klang. ikut ilmu kira-kira yang Puan Sri Bani ajar dulu, tak sempat gua rasa nak sampai ke Damansara. Abah gua pun tak tau apa citer lagi kat dalam tu. Tah kena tahan wad ke. Kena ambik darah ke. Tengah ngurat nurse ke. gua pun tak tau. harap-harap dia ok la.

Gua seluk poket. Ambik hp. Gua taip laju-laju.

"bro. aku ada hal. pukul 6 baru sampai"
"no problemo" pendek je dia reply

Sabtu - 26/2/11 - 5.20 pm - Rumah

Sial. gua baru sampai rumah. gua suruh awek cun bersiap cepat-cepat. gua mandi sepantas mungkin. sabun pun gua lupa pakai ke tak. habis mandi gua ambik towel. cover mana-mana yang patut cover. sampai bilik gua dapat sms.

"bro. mak gua bising-bising. skang gua takde duit nak angkat pike lu. kira kensel la jumpe petang ni"
"ok"

"cis!kalau gua pergi awal tadi, dah dapat pegang duit RM1100" ngadu gua pada awek cun
"sape suruh lu tak semayang zohor tadi" balas awek cun

PRAPPPPPP....pecah cermin dashboard motor gua. baru gua tau rupanya tangan gua lagi keras dari polipropylene.

"bila hati gua tengah panas, lu jangan ngada-ngada nak blok jalan gua!!" tempik gua pada motor tersebut.

0 pendapat tak boleh pakai:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...