Aku dari kecik lagi dah terer main bola. Kalau main, aku mesti dok bahagian serangan.
N most of the time aku jadi striker.Kalau tak striker, aku main winger.
Aku tak pandai main midfield.
Tapi aku memang akan main bahagian depan. Kalau aku main striker, 2 3 orang mark
aku. Kalau sorang, selamba je aku kitai. Gol jangan cakap la.
Hebat gila aku. Kalau kiraan aku tak salah, aku dah score lebih kurang 2,457,431 gol.
Nama aku memang digeruni pasukan lawan.
Itu zaman kanak-kanak. Zaman sekolah menengah aku meneruskan kecemerlangan.
Aku main team yang lebih teratur berbanding team main bola petang-petang.
Hero, aku dinobatkan sebagai winger sekolah.
Gila. Aku tak pernah miss untuk jadi wing kanan sekolah tiap-tiap tahun.
Rembatan aku memang power.Hantaran lintang aku memang superb.
Aku berlari memang kemas and berkualiti. Larian laju dan rembatan juga mantap.
Diatas kualiti-kualiti tersebut, lepas habis sekolah, aku tiap-tiap tahun jadi
main dalam Team A untuk pertandingan futsal alumni SMSAH. Cuma yang aku pelik
alumni SMSAH ni, dengan sekian banyak kualiti aku sebagai seorang jentera hadapan,
striker, dan winger, kenapa aku kena main full back?
...
...
...
...
...
Tahun 2000. SMSAH vs STAR. Semi Final. Main dekat SAINA. Berbalas-balas
erangan. Silap. Serangan. Tapi satupun tak score. Nak habis game, dalam minit ke 83
r lebih tepat, aku dapat satu lorongan. Keeper dah terkedepan. Yang tinggal
untuk mempertahankan gol cuma tiang gol. Aku dah boleh bayang aku jadi hero.
Tapi aku tak tau apa punya pengkar kaki aku aritu. Aku sepak, melambung. Sial.
Memang sial. Game tu berkesudahan STAR menang.


4 pendapat tak boleh pakai:
masa tu aku midfield ke bek a?ehe
aku rasa ko men bek kanan r..hehe
ko ingat jib satu match yang aku tak score penalti..kat sekolah mana eh..kita f5 eh?
haaaa...tu pun quarter final tu..peringkat daerah..masa f5..sekolah apa aku tak ingat...hosba kot..
Post a Comment