Pages

2011-03-22

Lisa Surihani

Aku tak tau macam mana aku boleh kenal dengan awek ni. Mungkin dia kawan kepada kawan sekolah aku. Mungkin aku jumpa dia masa belajar kat UTM dulu. Serius aku tak ingat. Yang aku tau, hari ni aku ada date dengan dia.

Mengikut cerita-cerita rakyat, awek ni memang cun. Baik dari luar mahupun dari dalam. Kredibiliti dia sebagai awek-awek tak perlu disangkal lagi. Sebagai seorang lelaki, perasaan riak mula berkembang dalam hati.

“Lepas dating ni, gua mesti lebih glemer dari Faez” getus aku dalam hati.

Faez memang glemer. Pilot. Kerja dengan syarikat luar negara, bawak kapal terbang tinggi-tinggi, pernah pergi Thailand tapi berasal dari Mersing. Dengan kualiti-kualiti macam ni, memang boleh jadi femes. Tapi kefemesan Faez bakal aku robek tak lama lagi.

Haritu aku bangun awal. Kira-kira jam 9.00 pagi. Aku kena bangun awal. Sebab aku janji dengan awek tu nak jumpa dalam pukul 3 petang kat Jusco Bukit Raja. Rumah aku dengan Jusco Bukit Raja, kalau bawak kereta, 70km/j, bolehlah sampai dalam masa 20 minit. Tapi kadang-kadang jem macam celaka. Aku taknak ambik risiko. First date mesti bagi first impression yang terbaik. Lepas minum air suam lebih kurang, aku masuk tandas. Nak meletup rasanya pundi kencing aku. Aku buang mana yang patut.

Aku mandi bersih-bersih. Gigi aku gosok sampai berdarah. Badan aku sabun sampai hilang bau-bauan yang tak menyenangkan. Rambut aku syampu sampai gugur semua kelemumur. Sebelum keluar dari bilik air, aku sempat mengosongkan pundi kencing aku sekali lagi.

Alhamdulillah tak jem. Aku sampai Jusco Bukit Raja dalam pukul 11.00 pagi. Orang tak ramai lagi masa ni. Tokei-tokei kedai pun muka masih ngantuk-ngantuk ubi. Ada 4 jam lagi sebelum awek tu datang. Aku mula fikir nak buat apa.

“Ah. 4 jam bukan lama sangat kalau nak dibandingkan dengan first impression” aku cuba pujuk diri sendiri.

Samada air cond Jusco ni terlalu sejuk atau aku yang mudah terasa sejuk. Mana-manapun, aku kena cari tandas. Dah penuh dah pundi kencing aku ni. Nasib baik aku pernah pergi tempat ni dua tiga kali. Jadi selok belok tandas ni memang aku dah sedia maklum. Cepat je aku jumpa tandas. Cepat je aku masuk. Cepat je aku kosongkan pundi kencing aku sekali lagi.

Keluar je dari tandas, gua nampak awek tu. Hati aku sudah ada taman. Awek ni macam tau-tau je aku datang awal. Ni namanya cinta sejati. Aku panggil nama awek tu. Dia toleh. Aku bagi isyarat tunggu. Dia angguk. Aku masuk balik dalam tandas. Kencing.

Selesai kencing, aku terus jumpa awek tu. Lepas laga-laga pipi, aku pimpin tangan dia. Rancangan aku harini nak bawak dia tengok wayang. Cerita apa aku tak tau. Sebagai rakyat Shah Alam, aku kena ikut trend. Dating mesti tengok wayang. Lepas dua tiga langkah, aku suruh dia tunggu. Aku kena gi tandas. Kencing lagi. Apa kes dalam setengah jam sampai 3 kali buang air? Ini dah lebih. Tapi kalau fikir dari mana-mana sudut, kencing dalam tandas nampak lebih macho dari kencing dalam seluar.

Lepas kencing, aku pimpin tangan awek tu pergi ke panggung wayang. Sampai je, benda pertama aku cari adalah tandas. Tak tahan sangat dah. Terus aku masuk tandas untuk kencing.

Aku buat keputusan untuk tengok cerita 127 hours. Aku yakin aku akan nampak lebih brader-brader kalau aku bawak dia tengok cerita ni. Baru je aku nak beratur, pundi kencing aku penuh balik. Sial!! Ni betul-betul dah lebih. Takkan aku nak pergi tandas 10 kali bila movie start.

Akupun bangun dan turun tangga. Bukak lampu dapur. Bukak lampu bilik air. Aku duduk sambil membuang air kencing yang aku tahan sepanjang malam.

“Celaka. Susah gak nak konsentret mimpi kalau pundi kencing penuh air” getus aku dalam hati sambil berharap mimpi tadi dapat disambung.

8 pendapat tak boleh pakai:

Anonymous said...

naseb baek xkencing atas tilam... ingatkan betol2 td...klu x, bwt malu jer..huhu

jenanese said...

haha..len kali komen letak nama..nak kenal gak sape yang komen..

Mohafiz MH, M.D. said...

frequency, urgency, incomplete voiding..ada sesuatu yang tak kena dengan kalenjar prostat ni jib.haha

jenanese said...

haha..boleh repair ke boh? mana nak cari spare part?

Mohafiz MH, M.D. said...

boleh repair no prob..kasi korek blok sikit ja.setel masalah.heh

cik meow said...

suke lah cite tu..kikiki((=

Ventriloquist said...

"Aku duduk sambil membuang air kencing yang aku tahan sepanjang malam."

//gua da start konfius ngn jantina lu bila lu ckp lu kencing duduk.

jenanese said...

ventriloquist..

kencing duduk baru jantan..air kencing tak memercik kat seluar..seluar boleh guna untuk sembahyang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...