Pages

2011-04-02

Bakar Fakulti

Ah! Daya ingatan aku memang tahap gaban. Sangat hebat. Mak bapak aku pun terkejut dengan kebolehan aku mengingat. Setakat sifir 12 tu, darjah 2 aku dah hafal. Menghafal sifir 12 adalah teknik paling ulung untuk budak-budak darjah 4. Itupun tak ramai budak darjah 4 yang boleh hafal. Jadi bayangkan je la betapa hebatnya aku menghafal sifir 12 masa darjah 2.

Kalau setakat mak aku suruh beli barang kat kedai Musa, aku memang tak payah tulis-tulis.

“bawang putih seringgit, kelapa sebijik, serai dua batang, sup bunjut 2, gula 1 kilo, garam halus 1 kampit kecik, serbuk kari ikan 1, kentang 4 biji, daun bawang 20 sen, kicap tamin 1 botol, sardin cap ayam 3 tin kecik, sos cili aminah hassan 1 botol, cili kecik seringgit setengah” lancar je aku order kat Musa. Terkial-kial jugak aku tengok Musa salin. Aku senyum sinis....
...
...
...
...
...
...
Kelas Thermo KK pukul 9. seawal jam 8.15 lagi aku dah bangun.

Aku basuh muka, gosok gigi. Rambut aku memang pendek. Jimat masa aku sikat rambut. Aku capai kunci motor dan terus menuju ke motor aku. Sekali start, terus hidup.

“bagus, tak banyak ragam kau arinih” aku puji motor aku dengan harapan dia boleh jadi laju harini.

8.50 sampai fakulti, park motor, aku terus masuk kelas. Gila awal aku datang. Kalau ikut ISO9001, aku dah dikira pelajar cemerlang. Matt tak sampai lagi. Apetah lagi Aiman yang memang selalu bangun lambat. Orang lain pun takde. Aku sorang je dalam kelas.

9.15 aku dah stat gelisah. Apekes budak-budak kelas aku tak datang lagi. Hari ni hari Rabu. Mana ada negeri kat Malaysia cuti hari Rabu. Aku keluarkan handphone aku...
 
“poik, bangunla cepat. Kelas Thermo KK dah nak stat ni” aku sms Matt

tak sampai seminit hp aku berbunyi. Aku dah boleh agak isi kandungan sms. Mesti nak suruh aku sign attendance. Heh. Kalau takde McD, jangan harap. Aku bukak sms..

“Pale hangguk ko!! Thermo KK ari isnin dengan khamis je!!” ujar sms tersebut.
...
...
...
...
...
...
...
perlahan-lahan aku curah minyak motor kat dinding-dinding fakulti. Tangan aku mencari-cari lighter kat dalam poket.

“sial. Camane boleh lupa jadual kelas” bisik aku dalam hati.



3 pendapat tak boleh pakai:

Anonymous said...

walau mcm mane pun,gua suspek dgn semangat lu..tapi ade musykil sket bro,lu bgn kul 8 x smyg subuh ke..? ke lu period skrg nih..?

jenanese said...

anon,

gua mengaku zaman-zaman ni gua jahil...

Anonymous said...

gua respek org yg berani mengaku kesilapan dia..salute lu bro,walaupun muke lu buruk tp hati lu ikhlas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...