Pages

2011-04-24

Cerita dalam Cerita: Rocky IV

Rocky IV
Rocky Balboa, seorang juara tinju, hampir-hampir ingin bersara dari karier tinju bila sorang peninju dari Soviet Union datang ke Amerika. Pasukan Soviet Union yang digambarkan sangat hebat, mencabar juara Amerika untuk bertarung.

Pasukan Soviet Union dalam filem ini digambarkan sebagai satu pasukan yang sangat berteknologi tinggi. Mereka mempunyai mesin yang dapat mengukur kekuatan tumbukan peninju. Dalam satu babak, mereka menunjukkan Ivan Drago dapat menghasilkan kekuatan tumbukan sebanyak 1850 PSI. Lebih dua kali ganda kekuatan tumbukan peninju biasa.

Apollo Creed adalah kawan baik kepada Rocky. Untuk menunjukkan rasa patriotik dan semangat juang, Apollo telah menawarkan diri mengadakan perlawanan pertunjukan dengan Ivan. Walaupun sangat bersemangat, Apollo mati dalam perlawanan tersebut. Rocky, sebagai seorang sahabat telah menyahut cabaran Soviet Union dan sedia bertarung di Soviet Union.

Rocky berlatih di sebuah perkampungan dengan menggunakan alatan-alatan yang terdapat di sekeliling. Ketika Ivan sedang berlatih di bawah pemerhatian saintis, dengan pelbagai mesin yang canggih, Rocky berlatih dengan cara yang kuno. Menebang pokok, berlari dalam salji tebal, mengangkat batu.

Soviet Union mempunyai teknologi dan ilmu sains sukan. Jadi kelebihan pastinya dipihak mereka. Namun, selepas 15 pusingan, Ivan masih tidak dapat mengalahkan Rocky. Dan pada pusingan ke 16, Rocky telah berjaya menumbangkan Ivan. Akhirnya Amerika memenangi perlawanan tersebut.

Perang Dingin
Antara 1957 hingga 1975, Perang Dingin antara Amerika dan Soviet Union lebih kepada perlumbaan untuk menjelajah angkasa lepas. Kedua-dua kuasa besar ini sedaya upaya menunjukkan kehebatan masing-masing dalam penjelajahan ke angkasa lepas.

Soviet Union memenangi perlumbaan ini pada awalnya dengan menghantar satelit Sputnik 1 ke angkasa lepas. Selepas Sputnik 1, Sputnik 2 dihantar dengan membawa seekor anjing bernama Laika.


Penguasaan Soviet Union diteruskan dengan penjelajahan Yuri Gagarin ke angkasa lepas. Yuri Gagarin telah berjaya mengorbit bumi pada 12 April 1961.

Amerika mula malu dengan penguasaan Soviet Union dalam penjelajahan angkasa lepas. John F. Kennedy yang telah dilantik menjadi Presiden Amerika pada Januari 1961 sangat terdesak untuk menunjukkan kekuasaan Amerika kepada dunia. Menyebabkan beliau sangat bersemangat untuk membangunkan teknologi angkasa lepas dan seterusnya menewaskan Soviet Union. Malangnya, John F. Kennedy telah mati ditembak sebelum sempat menewaskan Soviet Union secara total dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Beberapa rentetan peristiwa berlaku di antara selepas kematian John F. Kennedy. Namun, kemuncak perlumbaan ini berlaku pada tahun 1969. Neil Armstrong, seorang warganegara Amerika telah menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Dengan itu, Amerika akhirnya telah berjaya memenangi perlumbaan penjelajahan angkasa lepas.


Interpretasi
Yuri Gagarin adalah seperti Ivan Drago yang telah mencabar kewibawaan Amerika. Manakala John F. Kennedy adalah seperti Apollo Creed.Seperti Apollo Creed, John F. Kennedy berusaha untuk mengalahkan Soviet Union dan mengembalikan maruah. Namun, seperti Apollo Creed yang mati ditumbuk Ivan Drago, John F. Kennedy juga mati ketika memperjuangkan apa yang dia percaya – Amerika adalah kuasa utama dunia.

Rocky Balboa adalah seperti Neil Armstrong. Orang yang bertanggungjawap memadamkan rekod Soviet Union. Rocky mengalahkan Ivan di gelanggang tinju, manakala Neil Armstrong mengalahkan Yuri Gagarin dalam perlumbaan angkasa lepas.

Kesimpulannya, filem Rocky IV mengisahkan perebutan dua kuasa besar iaitu Amerika dan Soviet Union. Fiksyennya penguasaan sukan tinju, realitinya penguasaan dunia.

8 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

ada yang kata neil amstrong tak pernah sampai ke bulan pun jib..aku tertanya-tanya jugak..siapa orang kedua yang ke bulan

cik meow said...

layan cite ni~~(=

Anonymous said...

http://www.bicyclebuysell.com/view_item.php?id=119260

http://www.bicyclebuysell.com/view_item.php?id=119570

http://www.bicyclebuysell.com/view_item.php?id=119543

check it out..

jenanese said...

pih,
selalu jugak aku dengar. tapi samada armstrong betol atau tak jejak kaki ke bulan, Amerika berjaya.

cik meow,
mmg layan. sylvester stallone yang jadi pengarah

anon,
gua cerita pasal rocky, lu cerita pasal beskal.

Anonymous said...

tgk jap weh..keyi suh cari tu...

cik meow said...

dah tgk beskal tu..tp sy tak reti kayuh basikal..xleh la nk beli beskal...(= yg gn tayr 2 seme sy tak retikkk~~hohohooo~~

Mermaid Ungu said...

Sebenarnya bkn neil armstrong yg 1st sampai ke bulan..

jeb said...

ayunda,

wah!sape?ni first time dengar ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...