Mat Songkok dah gelisah. Kalau Yayaden dah jerit macam tu, mesti ada yang dia mahukan. Kalau tak suruh basuh baju, mungkin suruh picit badan. Suruh ambik air kat water cooler depan dewan makan pun boleh jadi.
Mana mungkin junior Tingkatan 2 buat tak endah panggilan senior Tingkatan 5. Terkocoh-kocoh Mat Songkok mendapatkan Yayaden. Hati Mat Songkok tak payah cakapla. Dah termengah-mengah macam baru lepas lari merentas desa.
"Ye bang...." ujar Mat Songkok di depan Yayaden.
"Ko ada hasil tak? Suara Yayaden lembut sedikit kali ni. Tapi masih dalam nada garang.
"Takde bang...." jawap Mat Songkok
"Sial!!!!kau jangan nak tipu aku!aku nampak semalam kau outing pergi Bandar Darul Aman!!Bukak loker kau sekarang!!" sergah Yayaden.
Mat Songkok makin gelisah. Menyesal dia cakap takde. Macam mana Yayaden boleh nampak dia outing pergi BDA, dia pun tak tau. Ini macam punya hal, mahu berdarah hidung Mat Songkok kalau Yayaden jumpa Toblerone yang dia beli semalam.
Yayaden mengekor Mat Songkok ke loker. Mat Songkok bukak loker perlahan-lahan.
"Babi!!Ni apa?!!Bukan hasil?Pukimak punya budak!!" Jerkah Yayaden sambil melayangkan satu penampar tepat ke muka Mat Songkok.
Terteleng-teleng muka Mat Songkok kena tempeleng. Nak melawan memang tak mampu. Yayaden ni bukan calang-calang. Striker team bola sepak sekolah. Ragbi pun main. Kena tempeleng pun dah patut bersyukur. Kalau kena terajang, mahu separuh mati menahan sakit.
"Kau bila aku cakap lembut-lembut, ko janganla tipu aku. Sial betul!!" Marah Yayaden sambil berjalan balik ke katil.
10 minit juga Mat Songkok duduk diam di katil menahan sakit. Ada sedikit air mata meleleh di pipi Mat Songkok. Mat Songkok cuba menahan sebak. Malu kalau kawan-kawan nampak dia menangis.
"MAT SONGKOKKKKKK!!!!!!" jerit Yayaden lagi dari hujung dorm Cendekia 4.
Mat Songkok kembali gelisah. Apa pula kali ni. Sakit tadi tak habis lagi. Mat Songkok tak sanggup nak kena lempang untuk kali kedua. Berlari-lari Mat Songkok ke belakang.
"Ambik ni. Ko tau apa nak buat" Arah Yayaden pada Mat Songkok sambil tersenyum sinis.
..........................................................................................................................................
"Terima kasih Mat Songkok"Ujar Laila sambil tersenyum simpul pada Mat Songkok
Perlahan-lahan Laila membuka surat yang diberi oleh Mat Songkok.
Hai Laila,
Laila apa khabar? Abang sihat je. Semalam abang outing. Abang belikan Laila Toblerone. Harap Laila suka.
BSUSICUB4 & smile alwiz...=)
Yang Benar,
Yayaden
Tersenyum-senyum Laila dapat Toblerone pemberian abang angkatnya.
Mat Songkok pandang Laila dengan perasaan pilu.
p/s: BSUSICUB4 = be as you as I see u before.

9 pendapat tak boleh pakai:
kalau gua.. gua ludah barang 2-3 das dulu...
nasib baik gua tak pernah ... hahaha
BSUSICUB4..famous ni time mude2 dulu.har3...
ni kisah sebenar ke dilakon semule oleh mat songkok dan kwn2??
aku: lu pernah kena tempeleng?haha
anon1: ni kisah sebenar yang dilakonkan semula oleh mat songkok dan rakan2..gua berlakon jadi toblerone..amacam lakonan gua?
aku dapat rase r mat songkok tu ko jib.haahahhaha
haha.. tragis. tapi aku ketawa bila nampak part 'toblerone' tu. :p
nostalgic jib..nama betul lak tu.hahaha
siti zafira: entry ni kira bergenre tragic-comedy la eh?haha
matpih: haha..gua punya lama tak jumpa yayaden, tadi pas futsal terjumpa plak kat kedai makan..entry berhantu ni..haha
cilakak punya yayaden.. haha. aku tgk kwn2 aku yg ada abg angkat mmg best dpt bnyk hasil. tp xpenah tau plak dorg prank junior dorg punya mknn. kah3x..
ragging jenan skrg dah kurang kot. girls dulu klu suruh tapau n angkut air dlm baldi time xde air mmg benda biasa la. tlg cuci baju tuh xramai. manusia yg bertuah je. paling babi hafal nama senior beserta ejaan, negeri, kelas, jawatan. kena amik tandatangan paksa nyanyi2 n eja nama balak skalik. time kurang baik kena pau syiling n meggy. belom kira checking loker lagik. vavi..
apapown semua tuh la yg buat kitorang ingt senior2 n jadik rapat sebenarnya. bila dh form 5, perkara sapa jugak berulang ye dok. kah3x..
oh btw aku jumpa blog ko dr komen dkt TTGB. keep on writing.
nur yana,
haha..ko batch mana ni yana? selamba je masuk tak bagi salam kat senior. haha..
Post a Comment