Pages

2011-08-03

Memandu Forklift di Bulan Ramadhan

Sukri ke Shukri? Gua pun tak tau nama sebenar dia. Tapi gua bajet nama dia Shukri sebab abang dia nama Shukor.

Walaupun nama dia Shukri, tapi budak-budak kilang panggil dia Toto. Ni lagi satu yang gua tak tau. Mana datang Toto. Shukri dengan Toto bukan dekat-dekat diamnya. Gua syak dulu dia pernah kerja Tonto. Tengok badan gua rasa memang ada iras-iras tonto.

Gua agak Toto ni dah kerja lama kat tempat kerja gua. Lagi lama dari gua. Ikut cakap-cakap orang, dah 15 tahun. Masa dia start kerja, gua tengah rilek-rilek main bola cop kat padang sekolah rendah gua.

Toto ni kerjanya sehari-hari membawa forklift. Ke hulu ke hilir membawa forklift. Sekejap ke luar, sekejap ke dalam. Kalau tak bawak forklift, dia bawak basikal. Hantar surat ke front office.

Satu hal yang gua tak puas hati dengan Toto ni, dia tak suka pakai PPE. Dah penat gua tegur. Kadang-kadang bila sampai angin gua, gua terbalikkan forklift dia. Lepas tu gua suruh dia pikul forklift tu. Tapi tak jalan jugak. Pagi gua tegur, tengah hari dah tanggal balik. Tengah hari gua tegur, sampai ke petang dia tak pakai. Memang bangsat.

Petang tadi gua tengok dia tak pakai PPE. Gua jadi hangin satu badan. Memang gua ingat nak terbalikkan forklift dia. Biar dia tau gua bukan main-main hal macam ni. Dari jauh dia nampak gua datang. Gua jalan rilek je walaupun gua tengok muka dia dah menggelabah pipit. Tangan gua silang kasi nampak ganas. Muka gua kerutkan sikit biar nampak garang.

"Toto!!!" gua jerit

Gua pandang dia tajam. Gua jalan mendekati forklift dia. Gua dah ready nak angkat forklift bila dia cakap:

"Jib, kau nampak kurusla. cantik badan kau"

Gua pandang dia dalam-dalam sambil tersenyum nipis.

"Balik nanti ambik kuih popia kat pantri. Aku belanja" gua cakap sambil sengih-sengih.

7 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

Ahhh... dia dah tau punat mana nak tekan... hahaha

jenanese said...

gua akan lebih berhati-hati selepas ni...

atiqah said...

rasuah bukan susah.haha

jenanese said...

atiqah: kire rasuah ke ni? cis..gua pegi angkat forkloft tu sekarang..cilake..

Anonymous said...

best ar entri ni, terseyum simpul ak baca..nice job

farahfad said...

Toto ni Gay ka?

jenanese said...

anon: apesal plak senyum simpul ni..musykil gua..haha

fara: jgn jeles takde orang puji ashmal..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...