Pages

2011-09-14

Kerja Mustahil


MAT SONGKOKKKKKK!!! jerit Yayaden

Mat Songkok yang baru siap pakai baju melayu putih terkocoh-kocoh pergi ke belakang dorm mendapatkan Yayaden.

“Kau nak pergi makan kan? Kau ambik sekali air water cooler” arah Yayaden.

Mat Songkok angguk.

“Ambik sekali makanan untuk aku” tambah Yayaden.

Ini adalah hal yang biasa bagi senior-senior. Orang lain main sampai pukul 5.30 petang, dia belasah main sampai pukul 6.30 petang. Lepas tu suruh junior ambik air water cooler dengan sepinggan hidangan makan malam dari Dewan Makan (DM).

Kerja ambik makanan untuk senior ni bukan kerja senang. Pertama, kena elak dari abang DM perasan kau ambik dua kali. Hal tu tak susah sangat. Yang paling susah adalah nak bawak keluar makanan. Kadang-kadang Rafdi ada tunggu depan pintu. Kadang-kadang Tokpin. Kalau terserempak dengan warden-warden ni, memang nahas. Sudahla kena maki dengan warden sebab bawak makanan keluar, malam nanti kena maki pulak dengan senior sebab tak cekap buat kerja.

Mat Songkok beratur untuk mendapatkan makanan di DM. Lepas dia meletak pinggan di meja, sekali lagi dia beratur untuk mengambil makanan Yayaden. Ujian pertama berjaya.

Mat Songkok jenguk ke luar. Line clear. Cepat-cepat Mat Songkok keluar. Nasib baik DM dekat dengan Blok A. Blok rumah Cendekia dan Juara. 10 langkah keluar dari pintu DM dah masuk dalam Blok A. Jadi risiko kantoi tu tak tinggi. Ujian kedua juga berjaya.

Mat Songkok sorok pinggan berisi makanan tersebut di satu tempat. Kemudian Mat Songkok balik ke depan DM untuk ambik air water cooler. Water cooler ni pun satu hal. Air yang keluar serupa macam air kencing. Slowwwww je..Nak penuhkan 1 botol air mineral besar mahu makan 10-20 minit bergantung kepada berapa ramai junior kena suruh ambik air haritu.

Nasib Mat Songkok baik. Takde orang lain ambik air. Dalam masa 10 minit dah penuh. Terus Mat Songkok balik ke Blok A dan ambik makanan tadi. Sampai di tingkat 1, cepat-cepat Mat Songkok masuk tandas.

.....................................................................................................................................................................

“Bang Yayaden, ni makanan dengan air” ujar Mat Songkok.

“Bagus. Terima kasih” Balas Yayaden.

Mat Songkok terus berpaling dan jalan menuju ke DM semula sambil membetulkan parking seluar dalam. Mat Songkok tersenyum-senyum membayangkan Yayaden meminum air yang sedikit kekuningan.

19 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

pergh..sebab tu aku tak arah junior, aku mintak tolong je.ehe

aku rasa kalau ko buat siri mat songkok terbaik gak jeb

Nur Yana said...

malam itu pasti mat songkok dibelasah yayaden akibat rasa air yg kemasinan. ludah air liur je pown layan. aku xingt plak 2 org warden yg ko sebut tuh.

Nizam.Ariff said...

aku pun pernah gak dua kali beratur ambik makanan... aku tambah lauk je.

jenanese said...

dr.13,
gua harap junior-junior tak buat camtu kat kita.haha.siri?cadangan yang menarik

yana,
lu pernah ludah eh?haha..lu batch bila?masa aku keluar sekolah tahun 2003, dua orang warden ni ada lagi.kira otai la warden ni.

aku,
abang DM tu bagi tambah tak?gua punya abang DM stail kerek.mintak kuah lebih pun tak bagi

farahfad said...

beb,ko p akeng kawen x?

jenanese said...

makcik fara,
berapa hb eh?perasaan gua lebih berat pada tak pergi..haha..

Nur Yana said...

aku batch 0307. means aku sempat la jadik junior ko. aku rasa ko pown dah bnyk minum air liur junior ko. haha. sila pegi muntah balik skrg.

Anonymous said...

euwww...begitu sekali.
kurap tros mulut mat songkok

Anonymous said...

eh silap..yayaden da y pembuli

jenanese said...

yana,
gua bagi upah 50sen kat junior yang amek aer.jadi gua rasa diorang tak buat camtu..haha..

anon,
lu bikin panas je..

Nur Yana said...

dan upah 50sen tuh ko suruh ayam golek ko beli kickapoo sama kuih bantal kat koop. cilakak. haha.

pegilah tgk sekolah. ayahanda ahmad din ckit hari je lagi nak bersara.

Zafira said...

Yahoo! Aku suka! Aku menyebelahi MS! Haha. Mat Songkok menang!

Padan muka Yayaden. :p

van der said...

good story...
can you visit my blog and give a comment at my article?nice see yuo, have a nice day...

Anonymous said...

najib2..sah2 ko mat songkok tu
story plak pasal senior ko
aku pn dah boleh agak r kalo ko sirikan cerita ni

jenanese said...

yana,
zaman gua dulu, roti telur paling top..ayahanda din bersara baru gua balik sekolah..haha

zafira,
yayaden hensem tau..athletic lagi..haha

van der,
nanti gua singgah..

anon,
apa yang lu agak?hehe

Anonymous said...

rutin2 mat songkok
dapat baju sebaldi ka, beli magnum ngan duit 50sen ja ka. agak je la

Mohafiz MH, M.D. said...

siyes jib..nanti mesti ada siri mat songkok dan ayam golek tepi jamban..eh ko terlibat ke tak eh?ehe

Ikhwan said...

haha..yayaden tuh batch aku..aku rasa dia jek nama yayaden kat dunia nih

jenanese said...

ikhwan,

rumah mana ni?haha..ada ramai lagi nama yayaden boh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...