Pages

2011-09-27

Tahun 2023

Tersesak-esak Atikah menangis bila mengingatkan kelakuan Faziq dan Jasri.

Faziq dan Jasri memang nakal. Suka mengejek kawan-kawan sekolah. Bila mereka dapat tahu kaki mak Atikah cacat, Atikah menjadi mangsa ejekan mereka. Tiap-tiap hari Atikah kena ejek.

Kadang-kadang, kawan-kawan yang lain ikut mengejek. Zul, Kamal malah Syifa pun kadang-kadang mengejek Atikah.

“Mak kau cacat. Mak kau cacat. Mak kau cacat.” ejek mereka pada Atikah.

Tidak puas, mereka berjalan pula dengan menyeret kaki kanan. Meniru cara jalan mak Atikah.

Atikah berlari balik ke rumah. Mendapatkan ibunya sambil meraung-raung.

“Atikah benci mak!”

Terkejut. Namun dengan tenang dia bertanya.

“Kenapa Atikah benci mak?

“Mak cacat. Kaki mak cacat. Macam pengemis” jawap Atikah semahunya.

Air mata mula bergenang di pipi ibunya.

“Sebab mak Atikah kena ejek”

Terus jatuh air mata seorang ibu.

“Mak bukan mak Atikah. Mak Atikah tak cacat” tambah Atikah.

Berhamburan air mata mak Atikah. Dia menangis semahunya. Anak yang dia jaga selama ini, dengan penuh kasih, dengan penuh sayang, kini tidak ingin mengaku anak.

Perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik. Atikah masih lagi menangis teresak-esak. Ibu Atikah datang pada Atikah sambil membawa keratan akhbar.

“Baca ni nak. Mak takde pilihan. Kau lebih penting” perlahan suaranya seolah-olah berbisik.

Sambil menangis, Atikah membaca keratan akhbar itu.

Dia meraung semahunya selepas selesai.


....................................................................................................................................................................

dia ni takde kena-mengena dengan cerita di atas. cuma gua nak dia ambik iktibar je.

7 pendapat tak boleh pakai:

dalil said...

pengorbanan seorang ibu...

tasekM said...

kasi saman la itu selayang mall.


.

Nizam.Ariff said...

budak tu masik kecil lagi.. terlalu ikut emosi keanak-anakan pabila diejek rakan.

farahfad said...

tinggi btol imaginasi ko

jenanese said...

dalil,
ibu yang sanggup berkorban

tasekM,
boleh menang ke?

aku,
budak-budak memang tak matang

farahfad,
besela..dok jauh dengan bini..imaginasi kena tinggi..haha

Zafira said...

melankoliknya.. :'(

btw, scan image tu bakal baby kau ke? hihi.. kalau ya, aku nak ucap selamat buat segala-galanya. :)

jenanese said...

zafira,
haah.bakal baby gua tu.tq2..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...