Pages

2011-11-28

Fiksyen

Gua dah lama sebenarnya tidak membaca buku-buku aliran fiksyen. Entah kenapa. Bukan tak ada. Ada je di rumah gua. Tapi gua sekarang lebih gemar membaca buku non-fiction.

Tahun ini, banyak juga gua beli buku. Semuanya non-fiction. Tapi yang paling gua gemar baca adalah buku karangan Awang Goneng. Growing Up in Trengganu. Laras bahasanya agak tinggi. Gua ambik masa 3 bulan nak habiskan buku ni.

Berlainan dengan buku VAT 69. Gua ambik masa dua hari je untuk habiskan. Buku tentang geng komando yang menentang komunis ni berjaya jugak membuat gua rasa nak jadi askar.

Ada juga buku yang gua beli tapi tak habis-habis lagi baca. Buku How To Win Friends and Influence People gua dah beli 2 tahun lepas. Dua biji. Satu bahasa inggeris, satu bahasa melayu. Satupun gua tak habis baca.

Orang kata, you are what you read. Gua setuju sangat. Sebab gua join aktiviti-aktiviti outdoor, jadi tengah tahun lepas gua ada beli e-book Life On A Line. Gua beli e-book sebab buku pasal ropework ni tak dijual di Malaysia. Buku ni pun gua belum habis baca lagi.

Antara buku lain yang berjaya gua beli tahun ni adalah buku Azizi Ali. Tajuknya gua lupa. Ada juga buku Ho Chin Soon. Tajuknya Location, Timing adn Branding. Satu lagi buku yang gua tak sempat habiskan adalah buku Ustaz Zaharuddin bertajuk Panduan Perbankan Islam.

Tapi dua tiga hari ni gua selalu terjumpa blog-blog yang memberi ulasan tentang buku fiksyen. Menarik jugak gua rasa buku fiksyen ni. Lagipun gua dah lama tak baca. Buku fiksyen yang paling memberi kesan pada gua adalah buku Seorang Tua di Kaki Gunung. Gua tak ingat tulisan siapa. Buku Salina macam menarik. Tapi gua tak sanggup nak habiskan.

Jadi kali ni gua nekad nak baca fiksyen. Tapi hujung-hujung tahun ni bajet untuk buku gua dah kecilkan untuk memberi laluan kepada road tax dan insuran kereta. Jadi gua mula secara kecil-kecilan dulu. Esok gua beli Utusan Malaysia. Gua dengar fiksyen dia boleh tahan menarik jugak.

13 pendapat tak boleh pakai:

dea said...

jib, buku vat 69 tu sama ke ngan buku 69 komando yang hardcover tuh?the spear and the kerambit sama tak dengan vat 69 yg ko baca tu?

jenanese said...

dea,
yup.the spear and the kerambit.

Anonymous said...

jib..ko main cashflow( gua bukan loser) tu sape organize? aku suggest ko join smart money plk. sorry off topic

jenanese said...

anon,
ada satu organisasi rahsia yang organize.haha.smart money organisasi rahsia mana plak organize?

Nizam.Ariff said...

jangan lupa... mastika juga. bajet murah. cashflow sihat setiap bulan.

dan jangan tertinggal, laporan dan perbahasan seluruh bapak segala fiksyen akan berlangsung di pwtc kejap lagi...

jenanese said...

aku,
ha..persidangan fiksyen di pwtc ni kita kena follow.gua dengar2,dia punya fiksyen lagi hebat dari star trek & star wars combined.

Anonymous said...

rahsia la sangatt.. smart money tu NGO jib. game die lagi advance dari cashflow. realistik sikit. tp cashflow yg version 102 aku xtengok lg. try usha la smart money, xpn register membership. xrugi pun. boleh jgk belajar finance sikit2. xcomplicated jgn risau

Zafira said...

Haha. Cannot go betul last line tu. :p

Jib, buku 'Growing Up...' tu fav aku juga. Bila baca, aku rasa aku macam orang Gganu. Ceh, koya, haha. Aku suggest, cuba kau baca blog Awang Goneng and his friends. Pun best juga. ^^

'How To Influence...' aku ada beli, tapi tak habis baca sebab kurang best kot, hehe.

1 more, apa kata kau baca Khaled Hosseini, yang 'kite' or layang-layang tu. Alah, lupa title pulak. Mesti kau akan rasaaa... No further comment! :p

jenanese said...

anon,
kau dah join ke?

zafira,
betul2.rasa macang org gganu owk?blog dia aku follow gak.tapi tak habis baca lagi.buku 2nd dia, A Map of Trengganu ko dah baca?

khaled hoseini?macam menarik je.

Anonymous said...

dah. tp aku xregister sbb aku follow fasi kat situ. aku suggest sbb aku tau sesuai ngan ko jib. ko dapat agak x aku sape jib

jenanese said...

anon,
kabel besar kau ni.haha.
aku agak lu kawan aku masa belajar dulu.belajar kat mana?itu lu kena jawab.haha

Mohafiz MH, M.D. said...

aku rasa anon ni basolar la..ada semangat usahawanan.ehe

jenanese said...

pih,
natam.kau buat aku tergelak besar.hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...