"Lancau!!Ada homework ke?aku tak tau pun!" Yayaden cemas
"Kau pun satu, dah pukul 12 baru nak bagitau aku!! Aku dah la ngantuk ni" tengking Yayaden
Yayaden dah mula terbayang maki hamun Cikgu Soram yang terkenal garang. Pernah sekali dia ikat hujung tie yang Mat Pet pakai pada leher Kamal. Kemudian dia suruh berdiri depan kelas sampai habis waktu dia mengajar. Puncanya, homework tak siap.
"Senyum-senyum apa Sherry?!!Kau nak kahwin ke?!!" tengking Cikgu Soram bila Sherry tersengih-sengih tengok Mat Pet dengan Kamal yang macam kambing kena ikat leher.
Yayaden cemas. Nak buat dia malas. Lagipun dah pukul 12 malam. Takkan dia nak lepak dekat bilik study. Taknak dia terserempak dengan hantu bilik study yang budak-budak cerita 2 malam lepas.
Jiwa Yayaden kacau. Badan dia panas. Otak mula berserabut. Lama-lama dia tertidur.
...
"Bang, bangun bang"
Sudah menjadi tugas Mat Songkok untuk kejut Yayaden setiap pagi pada jam 6.45.
"Jangan lupa cekang cadar aku. Lepas tu gosok baju aku. Aku nak mandi" arah Yayaden sambil berjalan malas menuju ke Blue Lagoon, nama rasmi bilik air Cendekia 4.
Yayaden serabut memikirkan alasan apa yang paling sesuai untuk diberi pada Cikgu Soram. Takkan nak cakap buku hilang. Alasan tu dah guna bulan lepas. Alasan tak sempat buat sebab sibuk dengan pertandingan sukan pun tak boleh. Sekarang bukan musim sukan.
Dia menggosok gigi sambil memikirkan alasan yang paling munasabah. Yayaden pandang cermin. Yayaden senyum.
...
Rutin persekolahan budak-budak Jenan bermula pada jam 7.00 pagi. Semua pelajar dimestikan menghadiri perhimpunan pagi di Dataran Ilmu.
Semua pelajar beratur mengikut kelas masing-masing. Pengawas berdiri di depan sekali menghadap pelajar. Budak-budak skema biasanya berdiri betul-betul depan pengawas. Yang jenis kepala batu beratur di belakang. Sebab Yayaden tergolong dalam jenis kepala batu, dia beratur di belakang sambil mencari-cari kelibat Laila, adik angkat kesayangannya. Hati Yayaden agak tenang bila terpandang pipi Laila.
Habis perhimpunan, semua pelajar bersurai ke kelas masing-masing.
Blok C betul-betul bersetentang dengan Bilik Guru. Tapi Bilik Guru lebih pendek dari Blok C. Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 akan melalui koridor antara Bilik Guru dan Blok C. Sampai di hujung Bilik Guru, pelajar akan membelok ke kiri dan menuju ke arah Taman Sains. Kalau membelok ke kanan, akan terus masuk ke bilik sakit. Betul-betul di depan Taman Sains, pelajar akan membelok ke kanan untuk menuju ke Blok F4/F5.
Yayaden berjalan perlahan-lahan melalui koridor antara Bilik Guru dan Blok C. Tangannya meraba-raba poket seluarnya. Dia tersenyum. Sampai di hujung Bilik Guru, dia membelok ke kanan. Bukan ke kiri seperti biasa.
...
"Dia pergi bilik sakit cikgu" jawap Jepp selaku ketua kelas
"Dia sakit apa?!" tanya Cikgu Soram sedikit membentak
Seluruh kelas diam.
Cikgu Soram diam.
...
Sementara itu di bilik sakit."Merahnya mata kamu ni. Kena pergi hospital ni" ujar Kak Mah, penjaga bilik sakit.
Yayaden senyum lebar.
Haritu Yayaden tak pergi ke kelas sebab disahkan sakit mata. Yang paling Yayaden suka, dia dapat cuti seminggu dan dinasihatkan berehat di rumah. Petang itu juga Yayaden mintak tolong Cik Nah belikan tiket ke Kuala Lumpur.
"Power jugak Colgate ni bila letak kat mata.hehehehe" bisik Yayaden dalam hati.

7 pendapat tak boleh pakai:
last time telan cologne, kali nieh colgate pulak. yayaden gila.
sorem pernah mengajar waktu aku form2 rasanya. waktu mahu belajar kapten hassan wira bangsa, dia habiskan satu waktu utk cerita pasal pengarang and warna necktie dia. siap panggil 2 budak ke depan ajar kelas cara ikat tie. suka neck tie barangkali dia.
ko cakap baru aku perasan.yayaden ada fetish dgn benda-benda macam ni kot.
haha..dia pernah ajat seputih salju sedingin rindu tak? rindu jugak aku pada sorem. cikgu BM aku masa Form 2.
kakma, soram..pergh noltalgic beb
Real story la jib. Nmae ko petik pn sebijik. Dr 13 kat atas tu bukan anak kesayangan sorem ke. Hehehe
dr3belas dan anon,
sebab tu dr3belas nostalgic beb...hahaha
Hahahh...siot la lu, Najib..abis ko bukak citer pak yaden tu kat sini yer?? ni citer betul ke tambah2 kasik dramatik ni? aper2 pun mmg kelakar cara ko citer..nasib tak keluar citer aku suruh ko gi ambik buri kat andeka masa ko F1...hahahha!
cendekia99,
assalammualaikum bang. (kalau tak bagi salam kena tabuh ni)
haha..ni bukan kisah pakya pun. nama yayaden komersil. tu yang guna nama dia. cerita takde kena-mengena dengan pakya.haha
cemas jugak gua masa ambik buri kat Andeka dulu.tapi bangga juga la kerana berjaya melaksanakan misi penting..hahaha..
Post a Comment