Orang kacak tak semestinya tiada penyakit. Begitulah yang terjadi kepada gua. Sebulan lepas, medical check up gua menunjukkan gua ada gejala-gejala gout dan jumlah kolestrol yang agak tinggi. Walaupun tidak sampai ke tahap kritikal, doctor menyarankan gua supaya mengawal berat badan gua. Yang paling cilake, doctor menyuruh gua menurunkan berat badan sebanyak 15kg.
Cilake apa nak turun 15kg bila duduk rumah yang umpama sorga makanan. Bukak saji,ada ayam masak merah. Bukak saji, ada rendang daging. Kadang-kadang gua bukak saji, ada rusa golek. Jadi cuba lu terangkan kat gua macam mana gua nak turun 15kg?
Tapi sebagai seorang lelaki kacak, gua ikutkan juga saranan doktor. Dalam hal menurunkan berat badan ni, dua perkara yang gua syak gua kena buat. Yang pertama, kontrol makan. Yang kedua, bersenam. Hal pertama gua cerita kemudian hari.
Hal kedua iaitu bersenam sudah lama gua amalkan. Sejak dari tadika lagi. Tapi semenjak menjadi kuli, hal-hal bersenam sudah kurang gua amalkan. Jadi gua ambik keputusan untuk mengamalkan kembali hal bersenam ini.
Rancangan gua adalah berjogging dan bermain futsal. Gua akan berjogging pada hari Selasa dan Khamis bersama kawan gua Arep. Sebab gua dan dia duduk di Shah Alam, jadi kami berjogging di Taman Tasik Shah Alam. Alhamdulillah, setelah 4 minggu berjogging, gua sudah berjaya menurunkan kira-kira 4kg lemak.
Berjogging ni satu hal. Perfomance berjogging adalah satu hal yang lain. Kejadahnya berjogging tiap-tiap minggu kalau makin lama makin slow. Jadi petang tadi gua buat satu test mudah. Gua target nak habiskan 1 round tasik dalam masa 15 minit.
Setelah 10 minit warm up dan 33 minit menunggu Arep, gua start jog. Gua tengok jam besar depan SIRIM menunjukkan 18:38:33. Maknanya, gua kena sampai di starting point pada jam 18:53:33.
Setelah 4 minit berjogging, tiba-tiba depan gua kelihatan 3 awek berjalan di tengah-tengah trek. Gua mula geram. Sudahlah berjalan, berjalan beriringan pulak. Cilake apa block trek jogging gua ni. Sudahlah slow. Macam macam mana gua nak capai target gua kalau gua follow pace awek-awek ni?
Gua bertambah geram. Gua nekad untuk maki. Gua slowkan pace gua bila sampai betul-betul kat belakang awek-awek tu.
“Awak” tegur gua
Diorang menoleh.
“Awak janganla jalan kat tengah-tengah trek. Awak dah kacau pace saya jogging. Sekarang saya terpaksa berhenti dan awak kena teman saya jalan sampai habis round tasik ni”
Lu agak-agak, berapa minit gua habiskan round tasik shah alam petang tadi?

5 pendapat tak boleh pakai:
aku berkaitan x dalam hal ni? haha
kah kah.
dapat no talipon tak nih...?
.
ko ckp x ko dh ada sorg baby nama damia? haha..
gua syak mesti awek tu chamber baek!!!
arep,
ang berkaitan secara langsung kot.
tasek,
haha.dapat alamat rumah.
yana,
aku mengamalkan prinsip dont ask dont tell..
SM,
ang ni lucah sangat ni..haha
Post a Comment