Pages

2012-03-21

Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Polimer


Gua sudah berjanji dengan aseleyana, maka gua akan ceritakan juga tentang course gua di UTM dulu. Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia – Polimer.

Kalau lu perati betul-betul, ada dua part dalam nama course gua. Pertama; Kejuruteraan Kimia. Kedua; Polimer. Part pertama telah diterangkan secara panjang lebar oleh aseleyana dalam entrynya.

Oleh kerana basic polimer adalah kimia, maka sesiapa yang mengambil course ini wajib belajar apa yang aseleyana belajar. Bezanya, budak-budak polimer mempunyai subjek tambahan. Gua tak ingat berapa banyak. Tapi yang gua ingat;

  1. Introduction to Polymer Engineering
  2. Polymer Engineering
  3. Rubber Technology
  4. kawan-kawan 1 course sila tambah

Macam yang gua cerita tadi, asasnya kejuruteraan polimer adalah kejuruteraan kimia. Jadi kalau anda mengambil jurusan ini, anda akan banyak belajar tentang proses kimia. Thermodynamic, Heat Transfer, etc memang tak boleh lari. Hal-hal kejuruteraan kimia ni lu boleh rujuk sini

Tapi lu akan belajar juga tentang polimer. Apa itu polimer, bagaimana menghasilkan polimer, apa sifat-sifat polimer, apa teknologi yang digunakan oleh industri untuk menghasilkan produk berasaskan polimer.

Apa? Tak tau polimer? Cilakak. Gua dah cerita sampai sini baru lu nak tanya. Polimer dalam bahasa pasar adalah plastik. Tupperware, dashboard kereta, casing handphone, adalah polimer. Jaket kalis peluru adalah polimer. Artificial knee joint yang digunakan dalam bidang perubatan adalah polimer.

Jadi lu boleh jumpa polimer di mana-mana.

Cerita panjang pasal course polimer ni pun tak guna. At the end of the day, yang korang nak tau apa jenis kerja yang boleh apply pakai course ni. Berikut gua senaraikan kerja-kerja yang sedang dipangku oleh kawan-kawan 1 course gua.

  1. Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan
  2. Plant Engineer di kilang membuat racun
  3. Waste water engineer di kilang elektronik
  4. Sales Engineer di company oil and gas
  5. Service Engineer
  6. Engineer di kilang injection moulding
  7. Engineer di Titan (gugel Titan ni kalau tak tau. Gua malas nak terangkan)
  8. Ada 2 3 orang kerja dengan Nestle. Gua tak tau sebagai apa
  9. Abang gua senior course gua. Sekarang dia bukak company travel agency.
  10. Pensyarah
  11. Kawan-kawan lain sila tambah

Begitulah lebih kurang halnya tentang polimer ni. Mintak kawan-kawan bagi input di ruangan komen. Adik-adik yang nak tau lebih lanjut pasal course ni, boleh tanya di ruangan komen.

7 pendapat tak boleh pakai:

baba said...

Chemical Engineer - Production Exec/ Process Controller di Lion DRI (M) Sdn Bhd

jenanese said...

untuk yang tak tau, Lion adalah plant buat besi..kan baba?

Nizam.Ariff said...

aku ingat polimer, terus ingat getah lastik...



hmmm... nak lastik burung la hujung minggu ni...

Anonymous said...

( pentweet yg tegar,pemain sorority life yg berjaya )---->pelajar research..masa study dan research flexible.

Nur Yana said...

berkurun baru ko jawab. nieh entry sempena result spm kuar ke. haha.

btw terima kasih. nnt aku passing link blog ko kasik famous ckit. haha.

n tahun nieh budak2 tuh 37org straight A. no 1 di kedah. bijak2 sungguh.

jenanese said...

aku,
burung gagak banyakla kat shah alam ni..haha

anon,
jaa ke ni?

yana,
sori lambat..sibuk sikit.haha..
37 orang?makcik lin/pakcik sarip bagi makan apa diorang ni?

Azhar said...

bagus entri ni, syg UTM da x tawar kos ni. Bnyk g subjek polimer Jeb, Polymer properties, rheology, additives dll.Tp plg ak ske subjek rubber ar, haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...