Giant Shah Alam, 4.46pm
Tipikal Giant pada hari minggu. Orang
ramai beratur-ratur menunggu makanan di Food Court. 2 3 kumpulan
hipster tengah ambik gambar guna DSLR yang ditala pada Auto Mode.
Awek maxi dress berkepit dengan balak baju polo. Cashier-cashier
sibuk berkelahi dengan customer. Pencuri-pencuri hati sibuk
memikirkan pick up line.
“Mengikut string theory, terdapat
sekurang-kurangnya 11 dimensi dalam dunia kita” terang mimi.
“11 dimensi? Bukan ada 3 je ke?”
“Dunia 3D kita nih hanyalah satu
dimensi yang mampu kita rasai dek kerana penganugerahan pancaindera
fizikal yang ada pada badan kita.” balas mimi.
Aroma nasi goreng ikan masin menusuk
hidung. Perbincangan terhenti seketika. Mimi memandang siling
bangunan seolah-olah menunggu ilham.
“Kita kena proceed ni Jib. Makin lama
tangguh, makin susah kita nanti” Mimi seolah-olah mendapat ilham
yang ditunggu-tunggu.
“Aku setuju. Kita roger ahli-ahli
yang lain sekarang.”
Mimi mengeluarkan HP nokia pemberian
kompeni dan mula menulis SMS.
Dewan Kuliah MSU
“Kalau kamu letak subjek kamu di line of intersection, gambar kamu
akan jadi lebih balance dan menarik”
“Tapi encik Nizam, kan lebih mudah kalau kita letak subjek kat
tengah-tengah?” balas seorang pelajar.
Sebagai seorang penerbit RTM, Nizam atau Nije mudah menjawap.
“Kajian menunjukkan, bila seseorang melihat satu imej, mata manusia
lebih cenderung melihat kepada kawasan intersection daripada melihat
kawasan tengah imej”
Semua orang diam.
Trrrritttt..trrrrittttt..(bunyi hp Nije menandakan masuknya satu SMS)
Pantas Nije mengeluarkan hp dan membaca SMS.
“Kelas kita habis awal harini. Saya ada hal nak uruskan” tutur
Nije sambil bergegas keluar dari Dewan Kuliah.
Semua pelajar terpinga-pinga.
Sebuah rumah di Putrajaya
Sharel
sedang berehat-rehat di rumah bersama anak-anak dan isteri tersayang.
Setelah sekian lama duduk berjauhan, saat-saat begini memang digemari
Sharel. Melihat keletah anak-anak dan makan masakan isteri memang
satu nikmat yang sukar diucapkan melalui Facebook apatah lagi
Twitter.
Trrrritttt..trrrrittttt..(bunyi
hp menandakan masuknya satu SMS)
“adik, tolong ambikkan hp papa” arah Sharel sedikit tegas.
“terima kasih adik. Meh cium papa” Sharel memberi ciuman sebagai
tanda terima kasih kepada anaknya.
“Surida, tolong kemaskan barang abang. Abang kena berangkat” Arah
Sharel separa manja selepas membaca SMS tersebut.
Lokasi tidak dikenalpasti, Johor
Bahru
“Bang, saya tak sempat balik ofis ni. Kejap lagi ada kontraktor
datang, abang bagi harness kat dia. Jangan lupa suruh dia sign form”
Maro cuba mengawal Myvi putih beliau sambil tangan kanan kiri beliau
menekan butang telefon.
Belum sempat Maro meletakkan telefon di dalam seluar, satu SMS masuk.
Zaapppp...zapppp...zapppp...(bunyi skrin iphone 4s di slide)
Habis membaca SMS, maro mendail satu nombor.
“Samy, aku nak barang aku siap secepat mungkin. Diorang dah deploy”
tegas suara Maro.
Singapura
Dua orang jurutera elektrik sedang berbincang betul-betul di bawah
satu pencawang elektrik. Kedua-duanya memakai topi keselamatan jenama
3M dan sedang memerhatikan satu plan. Sebijik macam adegan dalam
drama melayu. Dua tiga ekor mayat burung kelihatan di sekitar kawasan
tersebut. Besar kemungkinan burung tersebut terkena renjatan dari
pencawang elektrik.
“Agak-agak berapa juta kita boleh dapat kalau kita jual pencawang
elektrik ni kat besi buruk?” salah seorang jurutera elektrik
bersuara.
“Aku rasa banyak jugak. 500 ribu tak lari. Tapi kalau nak cabut
satu-satu, payah jugak. Kena la kira pakai Finite Element Analysis.
Kau ada kan software tu?” balas Nasrul, ketua jurutera elektrik.
“Hmmm..ada lagi rasanya. Tapi.....” suara jurutera elektrik
tersebut terhenti bila melihat Nasrul mengeluarkan hp beliau untuk
membaca SMS.
“To all rider. Get your bike ready for the most epic of epic
ride” begitulah bunyi SMS
tersebut.
“Aku kena balik Malaysia sekarang.
Kau setelkan hal kat sini” arah nasrul tegas kepada rakan
sekerjanya.
The Sequel
The Sequel

4 pendapat tak boleh pakai:
...bersambung. cilakak! menyesal gua beli tiket seat depan.
woi... mana citer lagi ni?
SM,
gua memang sengaja buat lu menyesal..kahkah
aku,
tunggguuuuuuu...
macam baca buku siri penyiasatan. nieh nak lawan lance armstrong ke.
Post a Comment