“Mimi, pukul berapa nak kumpul? Kat mana?” soal Yad dari hujung telefon
“Kumpul kat kedai mamak sebelah kedai Samy. Pukul 11 malam jangan lambat. Kita nak gerak pukul 12 malam.” balas mimi.
Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, Yad memecut kereta dengan kelajuan 140km/j untuk sampai di Gombak pada pukul 11 malam. Hampir-hampir sahaja Yad mengalamai kemalangan dengan seekor lembu. Namun nyawa Yad masih panjang.
Sampai sahaja di Gombak, Yad mendail nombor Mimi.
“Mimi, aku dah sampai. Ko kat mana?”
“Ko rilek situ dulu. Maro baru gerak dari JB. Paling awal dia sampai pukul 2 pagi. Kita kena tunggu dia”
Yad terus masuk ke dalam kereta dan nekad untuk mencari lembu yang hampir-hampir dilanggarnya tadi. Sia-sia Yad datang awal. Langgar lembu pun lagi baik dari menunggu sampai pukul 2 pagi.
Memegang status sebagai pengarah KAR terbaik, Maro memang tidak mengecewakan apabila dia tiba tepat jam 2 pagi. Dengan basikal Cube Stereo 11k di ruang belakang Myvi putih, Maro kelihatan begitu bergaya apabila mengenakan busana jacket TLO. Memang gaya seorang pekerja industri oil & gas.
Debu-debu berterbangan apabila 3 buah kereta yang memuatkan 6 buah basikal mula bergerak ke Jerantut dari Gombak pada pukul 3 pagi. Kereta yang paling power tentulah Unser Rally Dakkar yang memuatkan 2 orang pemuda kacak dan 4 buah basikal. Baki dua buah kereta lagi adalah dari buatan Perodua yang pastinya tidak sehebat Unser Rally Dakkar yang boleh mencecah kelajuan supersonik apabila dipacu menggunakan torsion wave.
![]() |
| Unser Rally Dakkar |
Tepat jam 5 pagi, ketiga-tiga kereta tiba di tol Temerloh. Maro dan Nije membentangkan groundsheet dan mula berbaring di jalanan sebelum disergah oleh Mimi.
“Kita terus ke pekan Jerantut dan tido di masjid”
Terpisat-pisat Nije dan Maro bangun dan melipat groundsheet. Dengan kuasa torsion wave yang Mimi ada, tiada siapa yang berani melawan.
![]() |
| Kelihatan mimi sedang mengenakan torsion wave pada nije |
“Dit da da dit dit dit da da dit da dit dit da da dit dit dit dit da dit” names menghubungi kekasihnya dengan menggunakan morse code. Teknik morse code ini sudah lama dipraktikkan oleh Names tapi cuma baru-baru ini sahaja teknik ini dapat dibongkar.
Setelah puas bercengkarama dan bersarapan, perjalanan diteruskan ke Masjid Jerantut Feri di mana persiapan terakhir dibuat.
Kayuhan bermula pada jam 1015 pagi dengan keadaan mata yang tidak cukup bekalan tidur. Semua peserta mengayuh dengan yakin sehinggalah sampai ke starting point jalan balak. Melihat kepada bentuk muka bumi, semua peserta mengambil keputusan untuk menukar teknik kayuhan kepada teknik tolakan. Mimi dan Zaiyad cuba untuk mengekalkan teknik kayuhan, namun akhirnya terpaksa menukar kepada teknik tolakan yang lebih efektik dan menjimatkan tenaga.
![]() |
| Masjid Jerantut Feri |
BUWEEKKKKKKKK
Lendir-lendir hijau dan kuning terhambur keluar dari mulut Names. Dengan cuaca yang panas terik dan tiada pokok kanopi, Names terpaksa mengeluarkan sedikit makanan di dalam perut untuk meringankan bebannya.
Untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk, semua peserta bersepakat untuk menggunakan teknik terulung dalam sukan berbasikal. Teknik yang diberi nama tolak angin ini dipercayai dapat menjimatkan tenaga sebanyak 60%. Dengan teknik tolak angin ini, semua peserta akan menolak basikal selama 5 minit tanpa henti dan berehat selama setengah jam.
![]() |
| Teknik terulung dalam sukan berbasikal. Teknik tolak angin. |
![]() |
| puncak terakhir. maro menyamar jadi tentera viet cong |
![]() |
| Kengerian bermula |
![]() |
| Maro cuba meniru gaya initial D |
![]() |
| Hero-hero remaja di kemsait sungai paku. Yang paling hero dah tentulah gua. |
![]() |
| Lokasi sebenar |
Selesai makan, masa dihabiskan dengan mandi dan mencuci basikal di sungai serta melawat air terjun – air terjun rahsia (apa kata ganda air terjun?) yang ditunjukkan oleh gaid Nije. Tapi usaha Nije untuk impress para peserta gagal apabila semua peserta lebih senang balik ke kemsait untuk tidur.
Suasana di waktu malam diserikan dengan permainan rakyat england iaitu permainan poker. Tiada sebarang unsur perjudian mahupun pemujaan semasa permainan dijalankan. Namun sekali sekala terdengar bunyi-bunyian halus yang meremangkan bulu roma.
![]() |
| Mimi cuba membuat muka poker face |
![]() |
| Makan malam ala-ala tabligh |
![]() |
| Menu makan malam. Sambal telur + sup kentang |
“gula tak cukup, kudapan takde. Siapa yang setting ration ni. Bangang betul”
Lebih kurang begitulah bunyian halus tersebut. Sebagai seorang yang bertanggungjawap terhadap ration, gua cuba menangkis gangguan tersebut dengan berbaring. Gua tarik nafas dalam-dalam dan gua baca ayat kursi sebelum gua hembus ke sekeliling dan seterusnya tidur. Alhamdullillah, bunyi-bunyian halus tersebut tidak mengganggu gua sepanjang masa gua tidur. Hebat juga ilmu di dada gua ini.
Hari kedua dimulakan pada sekitar jam 9 pagi. Nasi goreng, ikan bilis goreng, telur goreng dan ikan masin menjadi menu utama. Oleh kerana kekurangan gula, tiada air manis yang dibuat dan semua peserta lebih berselera meneguk air sungai.
Perjalanan pulang bermula sekitar jam 12 tengah hari. Trek yang menaik secara landai membolehkan semua peserta mengayuh basikal. Namun ada ketikanya peserta terpaksa menggunakan teknik tolak angin dan akhirnya tiba di puncak terakhir kira-kira jam 2 petang.
Setelah berehat beberapa lama, sesi downhill sekali lagi bermula. Kali ini lebih menarik kerana trek lebih curam, berbahaya dan penuh dengan selekoh. Semua peserta kecuali Nije begitu tenang sekali memikirkan tentang risiko yang bakal dihadapi. Takut memikirkan risiko jatuh dan terluka di lutut, Nije mengenakan pakaian perlindungan seperti shin pad, knee pad dan elbow pad.
Alhamdulillah, semua peserta dapat tiba ke kaki bukit dengan selamat pada pukul 230 petang.
The Prequel

















5 pendapat tak boleh pakai:
menariknya! btw bicycle putih tuh ko punya ke. kesian dia. few pictures bicycle putih tuh terbaring je. mungkin sbb tuan dia sebok snap gambar. haha. panjat bukit, kayuh bicycle,.. mmg boleh kurus ko nnt. haha.
hahahaha..karya ko mmg x menghampakan..weekend ni moh bukit ramli..
aku boleh bayangkan bunyian halus tu jib..ngeri nk dengar..seb baik ko dah kebal..hahah
skali lagi names membuat onar..tp kalo xde names,x best jgk..konpem ko jadik bahan..
tq bro for sharing this wonderful experience..
~juliet & oscar met in a hotel, last november~
yana,
bukan beskal aku tu. beskal nije.
john,
wiken ni balik kampung jumpa bini..ko mencangkul la dengan mimi..haha
Haha.. Serius Jib, kau memang hebat ek adapt pengalaman kau jadi cerita. Best-lah tengok orang berbasikal sambil mengembara. Huhu, teringin sebenarnya..
BTW, kau tahu tak Jalan Penarikan, area antara Sungai Jempol dengan Sungai Serting (Pahang)? Mesti kau lagi arif. Sungai Jempol tu bercabang dengan Sungai Muar kan? Aku buat kajian bahasa baru-baru ni, baru aku tahu sejarah Jalan Penarikan tu. Kalau kau jenis yang suka mengembara, aku saja nak cadangkan kau dengan team kau pergi situ. Catat pengalaman korang and make a travel journal. Cadangan jelah..
zafira,
come & join us. ni geng2 budak SRC. masa zaman U dulu ramai pompuan join trip2 kitorang. bila dah grad, takde yang nak join. jadi kalau ko nak join, kitorang alu-alukan..hehe
denai penarikan tu aku belajar masa sekolah menengah..haha.apa kata ko share sket pengalaman & findings ko kat denai penarikan tu.bunyi macam menarik..hehe
Post a Comment