Pages

2012-09-28

Rebus

"Subjek ni senang je nak faham. Kau rebus buku-buku tu, lepastu kau blend. Selawat tiga kali sebelum minum. InsyaAllah senang nak faham" terang Yadiy.

Yadiy bukan calang-calang student. Masuk semester lepas, dah empat kali dia dapat 4.0 flat. Kadang-kadang kawan-kawan pelik juga dengan manusia spesis macam Yadiy ni. Belajar tak pernah nak bersungguh. Tapi result power macam gampang.

Anep angguk mendengar nasihat Yadiy. Mungkin inilah rahsia sebenar Yadiy selama ini. Lagipun Anep pernah nampak ada satu blender berjenama LG dalam locker Yadiy. Anep yakin kali ni.

"Boleh aku pinjam blender ko?" soal Anep.

"Boleh-boleh. Apa salahnya" balas Yadiy.

Pointer bergerak-gerak di atas skrin komputer sebelum berhenti di folder bernama "Ayu". Ada lebih  kurang 347 gambar dalam folder tersebut.

Anep print setiap keping gambar sebelum dimasukkan ke dalam water heater. Blender LG kepunyaan Yadiy ada di sebelah water heater, sedia untuk digunakan.

"Aku pasti lebih memahami kau selepas ini Ayu" detik Anep sambil menghidupkan suis water heater.

2 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

cam haremmm... kah kah kah

Anonymous said...

sungguh la jujur si anep tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...