Aku dulu sekolah dekat SBP di utara. standard la bila sekolah asrama.
mesti ada jargon/slang yang hanya difahami oleh budak2 sekolah tu.
arini aku nak bongkarkan rahsia jargon2 ni. aku harap ada chegu disiplin
Jenan yang baca blog nih. jadi boleh tangkap budak2..haha
1)
Buri - sesetengah sekolah panggil LADOS (light after dinner and
supper). jargon untuk hisap rokok. aku rasa budak sekolah aku lebih
hardcore. setiap masa isap rokok. bukan lepas dinner n supper je. jadi
kitorang guna istilah buri. akupon tak tau mana datangnya perkataan buri
ni.
contoh ayat: "yap, jom buri"
maksud ayat: "yap, jom isap rokok"
2)
Patuk - ni istilah yang paling tak disenangi oleh kawan-kawan. patuk
bermaksud mintak sikit. dan biasanya yang dimintak tu adalah makanan.
mungkin perlakuan mintak skit tuh cam gaya ular mematuk, jadi dipanggil
patuk. biasnya perkataan ini digayakan dgn gaya tangan seperti ular
sedang mematuk.
3) Hasil - ungkapan ni berkait rapat
dengan patuk. kalau askar panggil ration. budak2 jenan panggil hasil.
makanan yang dibeli untuk disimpan dan dimakan kemudian hari. biasanya
hasil ni budak-budak junior yang bawak. selalunya mak bapak bekalkan
bila balik dari cuti panjang. tugas-tugas senior adalah mematuk hasil
junior.
4) shopping - ni yang paling aku suke buat.
sebab sekolah asrama penuh, jadi ada satu sesi je. bilik darjah tak
kongsi dengan budak-budak kelas lain. jadi segala alat tulis akan
disimpan di bawah meja. aku suka shopping malam-malam. pukol 11 ke pukol
12. pas budak-budak balik prep. esoknya pencil box aku akan penuh
dengan macam-macam alat tulis. masa tu paling top pen basah pilot.
haha..
5) jambu - dulu aku ingat dak sekolah aku je
guna. rupanya satu Malaysia guna istilah ni untuk menggambarkan budak
laki yang cun.
6) ayam golek - ni pon aku suke gak.
ayam golek adalah budak belasahan. sape2 buat kuang aja dengan senior,
memang kena ayam golek la. sebab ayam golekla aku kena gantung sekolah
seminggu. damn!!
7) Parti haram - farewell party untuk
budak-budak f5 yang akan meninggalkan sekolah. organizer wajib budak f4.
kalau budak f4 tahun tu tak puas hati dengan budak f5, jangan harap
dapat party haram. party haram biasanya dihiasi dengan upacara bagi
souvenir dan tangisan-tangisan manja pelajar. dibuat mengikut rumah
sukan. yang aku peliknya, kenapa party haram tak pernah kantoi. chegu
smua bersubahat ke?
8) Kontek - kontek bermaksud mengurat dengan cara menghantar surat dan meluahkan perasaan ingin menjadi pakwe atau abang angkat. Gua sebagai student berhaluan kiri memang tak berapa nak masuk sangat dengan ilmu-ilmu kontek ni.
9) Tingtong - Kalau berjaya kontek, proses seterusnya adalah tingtong. Tingtong atau dating biasa dilakukan di kelas selepas waktu prep. Gua harap takde kapel yang kepala tingtong semasa melakukan aktiviti ini.
10) Lepaih hang - Ini adalah perkataan paling penting dalam menentukan survival di Jenan. Digunakan untuk menempah apa barang yang sedang digunakan. Rokok, air tin, maggi, komik, semuanya boleh digunakan. Katakan Ayap sedang minum air tin, Arep akan menyebut 'Lepaih hang yap'. Maknanya arep akan mendapat air tin selepas ayap selesai minum. Orang seterusnya harus menyebut 'lepaih hang arep'.
11) Combine katil - Biasa dilakukan pada hari minggu. Dua, tiga atau empat katil akan digabung untuk memuatkan lebih ramai orang untuk tidur. Benda yang paling 'in' dengan combine katil adalah sembang jiwang.
12) Sembang jiwang - Sesi sembang sebelum tidur di mana lebih menjurus kepada aktiviti percintaan.
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

2 pendapat tak boleh pakai:
kami hat yang moden ni tak cakap lepaih hang. kami cakap after. "after kreko hang weh" sebagai contoh
selain tu, buri kalau tak silap maksud dia bunuh diri. haha ironi
kem,
perghh..power2..
haha..isap rokok untuk bunuh diri..
Post a Comment