Assalammualaikum.
Gua ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan gua yang telah memberi sumbangan untuk Rumah Anak Yatim As- Solihin.
Kepada
Nizam Ariff dan juga kawan-kawan lain yang telah menyumbang tanpa pengetahuan gua, gua doakan lu orang semua beroleh syurga.
Alhamdulillah sumbangan anda semua telah kami serahkan kepada Rumah Anak Yatim As-Solihin pada 28 Julai 2013 yang lepas.
Pihak SRC-UTM juga telah mengadakan jamuan berbuka puasa bersama-sama anak yatim ini. Segala kos jamuan ditanggung oleh ahli-ahli SRC UTM dan juga seorang hamba Allah yang sampai sekarang gua tak tau siapa. Wang sumbangan anda sepenuhnya diberikan kepada anak yatim As-Solihin
Sekali lagi gua mewakili SRC UTM mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan kalian semua. Semoga rezeki kalian bertambah banyak dan bertambah berkat.
 |
| memasak nasi briyani |
 |
| "Maaf, saya sudah berkahwin" ujar gua pada awek tudung pink |
 |
| "Hensem la abang ni" puji budak-budak ni pada gua |
 |
| Orang kampung pun makan sekali. |
 |
| Sesi penutup |
 |
| Baju hijau tu pengurus rumah As-Solihin |
 |
| Kiai Raden Salehul sebagai pengarah program menyerahkan sumbangan anda pada pengurus rumah anak yatim As-Solihin |
 |
| Mohon debar |
 |
| Anak-anak yatim layan perut |
 |
| SRC UTM |
0 pendapat tak boleh pakai:
Post a Comment