Pages

2013-07-29

Pemakanan Sihat

Sepanjang Ramadhan ni, gua dah berjaya turun 6kg. Dari 71kg sekarang berat gua dah jadi 65kg. Ini dah habis diet dah ni. Sahur gua minum air secawan. Berbuka gua makan sesenduk nasi beserta lauk dan kuih. Strategi gua adalah menurangkan pengambilan nasi.

Gua rasa tahap pengambilan nasi gua dah berada di tahap yang paling minimum. Tapi untuk mencapai berat badan yang ideal gua kena turun lagi 5kg. Penat juga gua fikir macam mana nak buat.

Fungsi bank sekarang dah pelbagai. Bank sekarang ni bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menyimpan dan mengambil duit. Kadang-kadang gua tengok bank ni boleh jadi kedai jual wiper kereta. Kadang-kadang jadi kedai jual kerepek. Kadang-kadang jadi kedai jual handphone, internet, kad prabayar dan macam-macam lagi.

Jadi suatu hari gua pergi ke bank. Dan tanpa gua sedari bank tu juga dah menjadi kedai kesihatan menurunkan berat badan. Ada sorang awek sedang menjaga kaunter. Gua jeling dengan ekor mata gua sebelum gua masuk bank dan menyelesaikan urusan kewangan gua. Berdebar jugak hati gua.

Bila gua keluar, awek tadi terus tahan gua. Apa dia ingat gua gemuk sangat ke nak beli produk menurunkan berat badan dia? Tapi sebab dia berkulit cerah, bertahi lalat nipis di bibir dan bertudung bawal, gua ikut dia duduk di kerusi yang disediakan.

"Saya berjaya turunkan 16kg dalam masa 6bulan encik"

Gua buat muka impress.

"Kalau encik nak kurangkan berat badan atau nak tone kan bodi encik, encik boleh follow program saya"

"How much it will cost me to follow your program?" soal gua dalam bahasa inggeris.

"Bergantung pada bajet encik. Kami boleh sediakan program yang bersesuaian dengan bajet encik" jawap perempuan berkulit cerah, bertahi lalat nipis di bibir dan bertudung bawal tersebut.

Gua diam sambil mencongak-congak. Tangan gua masuk dalam poket sambil kira syiling. Susah jugak nak kira syiling baru sekarang ni. Syiling 20 sen dengan syiling 50 sen lebih kurang je saiz.

Selesai kira gua pandang dia. Dia pandang gua.

"How much it will cost me to take you out for a dinner?" Gua jawap selamba.

Gua tengok dia terkebil-kebil. Gua tenung mata dia tunggu jawapan.


5 pendapat tak boleh pakai:

Anonymous said...

"Ala, encik ni gatal la. Kita berdua je ke? Atau nak bawak wife dengan anak encik sekali?" Jawabnya manja... Hahahaa, parah dah ni...

jeb said...

SM,

haha..potong la lu bro..kihkih

Nizam.Ariff said...

kemudian awek tu tercongak-congak, memetik-metik jari seperti mengira sesuatu. Tapi tak dapat.
"how much is a pack of c****m at 7E?" dia tamya balik...

Nizam.Ariff said...

fuhh... dialog panas...

jeb said...

nizam,

that escalated quickly..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...