Sistem pembelian barangan Jenoba Outdoor mudah je. First tengok iklan barangan Jenoba Outdoor di mudah.my. Link kedai gua, gua dah letak kat sidebar sebelah kanan blog ni. Pada yang gemar layan FB, search je Jenoba Outdoor.
Bila dah ada barang yang berkenan di hati, sms/whatsapp gua di 0137026923 untuk tanya stock availability. Kalau available, boleh terus proceed ke next step. Kalau tak available, gua kena order dari UK dulu. Delivery 10 hari.
Untuk produk yang ready stock, full payment boleh dibuat ke akaun maybank mohd najib alias betnombor 162272569390. Untuk produk yang kena tunggu, masuk RM50 je dulu untuk confirm order. Balance bayar bila barang dah sampai Malaysia, sebelum gua pos.
Bila dah buat payment, gua akan bungkus-bungkus dalam plastik sebelum gua ke pejabat pos. Bila gua dah pos, gua akan bagi nombor tracking untuk memudahkan customer keep track barangan yang dibeli.
Mudah bukan?
Gua baru lepas balik dari pejabat pos. Sebab aawek cun bekerja, sudah menjadi tugas gua menjaga Damia. Gua bawak sekali damia ke pejabat pos. Biar dia tau gua bukan dok rilek saje-saje kat rumah. Lagi satu gua nak ajar dia cara berurusan dengan orang ramai.
Pejabat pos Besut tak ramai orang berbanding dengan pejabat pos shah alam. Rata-rata orang kat pejabat pos besut datang untuk bayar bil dan ada seorang dua yang hantar barang pakai poslaju. Itupun personal punya barang. Kalau kat shah alam bersepah orang meniaga online pos barang. Sekali pos sampai berkampit-kampit. Bisnes jenis apa yang maju sangat ni?
Selepas 6 kali Damia menjerit dan 3 kali langgar kaki orang, nombor gua dipanggil.
Gua dukung Damia letak atas kaunter sambil hulur barang yang gua nak pos.
'Comelnya budak ni' ujar staff pos malaysia sambil memandang Damia.
Gua senyum.
'Comelnya budak ni. Mesti ikut ibu dia ni' ujar staff pos malaysia tu lagi.
Denggg!!! Gua cepat-cepat keluar sambil google 'produk penjagaan kulit aaron aziz'
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

4 pendapat tak boleh pakai:
Kalau yg jaga kaunter tu awek, ko kena cakap camni, " kalau awak sudi kahwin dgn saya, anak awk pun akan jadi comel mcam ni".l
dr. M. tapi kan dan-dan juga penjaga kaunter tu cakap muka ikut muka emak, so wat pe nak kawen ngan bapak nya kan? hahaha
apsal jauh sangat perbandingan pej pos kau tu. besut dengan shah alam? lain negeri sampai hah.
Matpih,
Mokcik wehh..haha
tata,
tunggula saya pakai produk penjagaan kulit aaron aziz..hehe
dulu dok shah alam.
hahaha , ayat last tu ...'kesok ati' , kalau orang besut cakap...hahaha
Post a Comment