Pages

2013-09-12

Malam di Besut memang tenang

Malam di Besut memang tenang.

Kenderaan tak banyak lalu depan rumah, mat rempit pun takde. Hidup gua memang tenang kat sini. Ahli kubur depan rumah gua pun gua tengok tenang je. Takde nak keluar berjimba-jimba di tengah malam.

Gua mengambil peluang ketenangan malam di Besut dengan menjawap Private Message customer Jenoba Outdoor di laman Facebook.

Oh ya. Sebelum gua terlupa. Jenoba Outdoor adalah bisnes online gua yang menjual pakaian dan kelengkapan untuk penggemar aktiviti rekreasi. Ada jaket, baju, seluar, beg, tuala, etc.

'Barang ori ke?' Tanya customer gua.

'Batang saya semua original dari UK', gua reply laju-laju.

'Batang?' Tanya customer gua balik.

Barangla! Barang! Ini siapa punya idea letak R dengan T sebelah-sebelah ni?!!!

Malam di Besut memang tenang.

11 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

Org sebelah ada kat rumah dok jib?

jeb said...

Haha..baru semalam pindah masuk pih..

t.a.t.a said...

ahli kubur depan rumah kau tu la yang alihkan jari kau tekan T. depa dok bosan, malam tenang sangat.

jeb said...

Tata,

Mohon ahli kubur jangan macam2. Rumah saya ada anak kecil..haha

t.a.t.a said...

buat sign board no-entry especially ahli kubur.

nae nematoda said...

bangga jadi orang besut...:P

jeb said...

Tata,
Haha. Jawi ke rumi?

Nang,
Mung orang besut ke? Aku igt org KT.

t.a.t.a said...

sebelum tu aku nak tanya. kubur ke jirat ke kubur salib ke kubur lain-lain?

jeb said...

Tata,
Kubur muslim.muslim

Mohafiz MH, M.D. said...

Lepas ni jgn jerit kuat2 jib..takut dengki orang sebelah

t.a.t.a said...

kalau macam tu tulis jawi untuk ahli lama, tulis rumi untuk ahli yang sedang-sedang lama nya dan tulis omputeh untuk ahli yang moden, tak reti baca rumi dan jawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...