Nama aku Dino. Walaupun macam nama Dinosaur, sebenarnya aku adalah seekor ular lidi yang berpandangan jauh.
'Takde lagi dalam keturunan aku yang jadi jurutera' kata mak pada aku.
Tersengih aku bila aku teringat masa aku cakap kat mak yang aku nak jadi jurutera. Masa tu aku baru je menetas. Makan pun mak carikan.
'Kalau macam tu saya nak jadi downhiller professional mak. Boleh?' Aku cuba tawar menawar.
Mak tersenyum.
Ini berita baik!!!
Adik-beradik aku hanya mampu menggeleng ekor melihat sikap aku yang berpandangan jauh dalam hal mengejar cita-cita.
Semenjak dari hari tu, aku tak pernah menoleh ke belakang. Sebenarnya susah jugak aku nak menoleh ke belakang sebab aku takde leher. Boleh kata seumur hidup aku tak pernah menoleh ke belakang.
Ada orang kata menoleh ke belakang ni tak elok. Hidup mesti terus. Tapi tu orang cakap. Ular lidi macam aku tak pernah pulak cakap macam tu. Sebenarnya ular lidi tak boleh bercakap - kalau kau nak tahu.
Banyak betul kekurangan ular lidi. Menoleh tak boleh, bercakap tak boleh. Tapi ape ade hal. Ulat dalam batu pun boleh hidup apa?
Mak cakap - dalam bahasa ular tentunya. Aku ada bakat menjadi ahli politik. Sebenarnya semua jenis ular mempunyai bakat menjadi ahli politik. Sebab tu ramai ahli politik manusia yang suka menjadi ular.
Nanti-nantila gua sambung..
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

5 pendapat tak boleh pakai:
Dino, eh kejap, apsal ramai sangat nama Dino ni? siapa Dino yang sebenarnya?
cuba la sorang nama kan Dino Iki, lagi sorang Dino Ngesok. haa kan senang nak bezakan.
Tata,
Cuma ada satu sahaja dino berpandangan jauh. Hehe
sekarang ni Dino sudah berjaya menjadi downhiller professional?
Tata,
Haha.itu kena tunggu sambungan seterusnya.
Ular lidi brjiwa ular sawa...
Post a Comment