Pages

2013-10-16

Lasah - Kuala Mu


Track #1 : Setengah Mati Merindu oleh Judika (set player anda ke option fading)

Untuk mendapatkan trip yang benar-benar inzal, John, Nije dan Names perlu ada. James dan Nije sah hadir tapi John tak dapat pergi. Trip yang ada Nije dan Names tapi takde John bolehlah diibaratkan macam ejakulasi pra-matang. Inzal yang tiada jiwa. Kosong. Walaupun tiada jiwa, inzal tetap inzal. Jadi gua nekad membeli tiket bas Mutiara 10hb Oktober 2013, 8am dari Setiu ke Kuala Lumpur.

Perjalanan Setiu ke KL tak perlulah gua ceritakan. Duduk dalam bas sebelah jantan memang tak pernah menaikkan adrenaline gua apatah lagi hormon testosterone gua. Jadi gua ambil inisiatif menutup mata. Mana tau boleh mimpi Maya Karin.

Cis!! Mimpi pun tidak menyebelahi gua. Gua mintak Maya Karin, yang datang india putu mayam. 

Gua sampai KL lebih kurang jam 5pm. Bawak Kona Bass sambil galas Mac Pac Rimu ada helmet fullface tergantung memang macho. Tapi bukanlah satu pekerjaan yang bijak kalau dibawak berjalan-jalan di Hentian Putra. Jadi gua simpan di tempat letak beg sambil tunggu kehadiran Maro Cube Stereo.

Sambil tunggu Maro sempat jugak gua main mata dengan sorang awek. Tapi tak sampai 5minit main mata, gua terus terajang awek tersebut setelah melihat beliau mengorek hidung. Awek jenis apa korek hidung di tengah khalayak ramai ni?!!!

6pm

7pm

8pm. 

Akhirnya sampai jugak Maro. Gua letak beg dan basikal dalam kereta dan terus menuju ke campsite Bukit Subang. 

Sampai di campsite Bukit Subang gua tengok Mimi Morewood Zuza tengah sedap makan ayam kukus. Gua syak ayam tu Mimi tangkap masa tengah lepak-lepak tengok Astro di campsite. Bukan ayam je ada kat dalam rumah sewa Mimi tu, kalau nasib baik boleh jumpa ular spesis rare. 

Trrrr

Trrr

Trrr

Handphone Nokia lampu suluh upgrade software gua vibrate.

"Aku dah sampai stesen subang jaya" sms dari Nasir Dartmoor Rocket.

"Kau lepak situ sey, jap lagi aku sampai" balas gua.

Pukul 12 mlm satu lagi sms masuk. Kali ni dari Nije Yakuza Kumicho. Kami bersiap-siap dan terus ke PJ untuk mengambil beliau.

Seminggu di annapurna berjaya mengubah Nije menjadi seakan-akan Yak. Gua hanya mampu geleng kepala. 

Pukul 2.30 pagi akhirnya semua barang selamat dipunggah ke dalam kereta.

Off we go.

Track #1 fading out.

End of Track #1. 

Bersambung...






2 pendapat tak boleh pakai:

t.a.t.a said...

ini masih menyamar atau sudah jadi diri sendiri?


p.s: kalau kau jumpa ular spesies rare itu, sila buat entry pasal nya.

Nizam.Ariff said...

Fuhh..!
gua baca sambil dengar track tu memang menendang... 2-3 kali gak gua inzal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...