GLONASS|Alternatif kepada GPS
GLONASS adalah singkatan kepada Globalnaya Navigazionnaya
Sputnikovaya Sistema, ataupun dalam bahasa inggerisnya Global Navigation
System.
Secara umumnya, GLONASS adalah system navigasi yang sama seperti GPS
(Global Positioning System). Bezanya, GLONASS dibangunkan oleh Soviet Union
manakala GPS dibangunkan oleh Amerika. Fungsinya sama seperti GPS iaitu
membekalkan maklumat latitude, longitude dan altitude. Pendek kata, GLONASS
adalah alternative kepada GPS.
GLONASS telah dibangunkan pada tahun 1972 dan satelit pertama
daripada 24 satelit GLONASS telah dilancarkan pada 1982. Sama seperti GPS,
penggunaan GLONASS pada mulanya adalah terhad kepada militari dan kemudiannya
dibuka kepada penggunaan orang awam. GPS telah digunakan oleh orang awam
semenjak tahun 1980 manakala GLONASS dibuka kepada orang awam pada tahun 2007.
GLONASS dan GPS masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Tetapi disebabkan GLONASS dibangunkan oleh Rusia, system GLONASS
lebih accurate digunakan di bahagian hemisfera utara.
Terdapat juga gajet yang mempunyai kedua-dua system dan laporan
mengatakan bahawa gajet yang menggunakan ‘dual core’ ini mempunyai ketepatan
yang lebih tinggi berbanding gajet yang menggunakan hanya satu sistem.
GARMIN mengatakan bahawa gajet mereka yang dilengkapi dengan receiver GLONASS adalah 20% lebih laju dalam mencari isyarat daripada satelit. Berikut adalah gajet GARMIN yang dilengkapi GLONASS;
GARMIN mengatakan bahawa gajet mereka yang dilengkapi dengan receiver GLONASS adalah 20% lebih laju dalam mencari isyarat daripada satelit. Berikut adalah gajet GARMIN yang dilengkapi GLONASS;
o
eTrex 10, 20 and 30
o
Edge 510
o
Oregon 6xx series
o
GPS 19x HVS
o
GLO
o
echoMAP 50s
o
GPSMAP 527xs
o
GPSMAP 547xs
o
GPSMAP 721xs
o
GPSMAP 741xs
Terdapat dua lagi sistem navigasi yang sedang dibangunkan. GALILEO yang
sedang dibangunkan oleh Kesatuan Eropah. China juga sedang membangunkan sistem
navigasi mereka sendiri yang dipanggil Compass Navigation System.
Sumber:

0 pendapat tak boleh pakai:
Post a Comment