Pages

2014-02-11

Bali

-Tambang teksi dari airport ke Seminyak adalah 100,000 rupiah. Dari airport akan jumpa Kuta dan Legian dulu. Seminyak atas sikit. Jadi kalau korang plan nak stay di Kuta atau Legian, tambang rasanya lebih kurang tu jugak.

-Sila ambil teksi yang betul-betul teksi. Gua sampai-sampai je kat airport kena approach dengan brader yang mengaku dia driver teksi. Siap tunjuk kad teksi. Bukak harga 200,000 rupiah. Lepas tawar dapat 150,000 rupiah. Masa nak balik dari hotel ke airport gua ambik teksi biasa dia caj 100,000 je. Terkena gua dengan brader airport tu.

-Sewa motor 50,000 rupiah sehari. Takde dokumen diperlukan untuk sewa motor

-Minyak motor full tank 20,000 rupiah. Lebih kurang RM5 duit Malaysia.

-Tourist bawak motor adalah satu pemandangan biasa. Jalan kebanyakan lalu pekan. takde highway. Jadi jangan risau sangat kalau nak sewa motor. Cuma perlu berhati-hati.

-Tempat yang gua pergi
1. Uluwatu- view awesome dan boleh tengok persembahan kecak dance. Ada tempat orang surfing di Uluwatu. Kira-kira 20minit dari Uluwatu temple.
2. Tanah lot- view awesome. Sunset pun cun.
3. Kuta, Legian, Seminyak- Pantai. Tempat ni pack. Ramai tourist.
4. Sanur- Pantai jugak. Tapi lebih tenang sebab tak ramai orang.

-Semua tourist attraction ada entrance fee. Pergi pantai pun ada fee kalau bawak motor. Lebih kurang 1,000 ke 3,000 rupiah. Tanah Lot mahal sikit 20,000 rupiah.

-Makan di restoran padang dalam lingkungan 30,000 rupiah seorang. Restoran padang banyak kat Bali. Kalau nak rasa masakan Malaysia, boleh gi Restoran Madania di Jalan Ngurah Rai atau Mr. Pratha di Jimbaran. Yang ni mahal sikit. 50,000 rupiah sorang.

-Nak beli oleh-oleh macam T-shirt, keychain, etc, bagus pergi gedung oleh-oleh. Kalau pergi kedai biasa, harga mahal dan kualiti kureng sikit.

-Masjid susah nak jumpa. Bawakla kompas kalau nak tau arah kiblat. Atau install apa-apa apps qibla direction.

-Kalau nak jalan-jalan dengan supir, boleh kontek Pak Nyoman 081246667432


Uluwatu

Tanah Lot

Pura Tanah Lot

5 pendapat tak boleh pakai:

t.a.t.a said...

jeb, ada jumpa limau bali tak? kelapa bali ke? eh, kau minum air bali?

nae nematoda said...

g bali, honeymoon ke ? hahaha

jeb said...

tata,
air bali memang sedap. tapi taknak yang pakai kordial. nak yang bancuh. hehe

nang,
pergi mengembara bersama yang tersayang..haha

Nur Yana said...

bestnya!!
total budget bnyk x?
agak2 utk solo travel bahaya x.

jeb said...

Yana,
Aku gi 4h3m habis rm700. Untuk dua orang. Siap souvenir. Kalau kau gi sorang, pastu tak beli souvenir, boleh lagi jimat. Ini untuk perbelanjaan di sana sahaja.

Flite tix boleh dapat lagi murah kalau pandai cari. Aku dapat rm1500 sekali dengan hotel. Nak lagi jimat, duduk backpackers room. Boleh dapat rm30-rm50 satu malam.

Aku rasa Bali ok untuk solo travellers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...