Selasa, 17/02/2014
Hari ini gua ke pejabat pos lagi menghantar barang yang diorder.
Cuaca sedikit panas lantas gua menghidupkan ekon ke tala nombor 2. Hawa yang agak dingin sedikit mengganggu tekak gua yang belum sembuh sepenuhnya dari penyakit batuk. Penyakit batuk ini kalau dibiarkan boleh merebak menjadi sakit hati, terus gua meredakan sedikit kedinginan hawa kereta dengan memulas penala suhu ekon.
Hati gua yang sedikit panas tadi menjadi sejuk apabila Pejabat Pos Laju kelihatan lengang. Kelihatan seorang lelaki berusia sekitar pertengahan 30an sedang mengisi borang Pos Laju di meja yang sediakan.
Walaupun jarak meja tersebut dan pintu Pos Laju hanyalah sedepa, langsung beliau tidak mengendahkan gua yang bersusah payah membuka pintu Pos Laju dengan menggunakan punggung kerana tangan gua dipenuhi barangan. Mungkin kerana beliau berpakaian kemeja putih berjalur emas, berseluar slack dan bersepatu kulit hitam tidak mengizinkan beliau membantu gua yang berpakaian t-shirt lusuh, berseluar jeans koyak dan bersandal buruk.
Gua meletakkan barangan gua di atas meja. Ada 8 barang kesemuanya. Sejurus gua meletakkan barang, lelaki tersebut terus beratur di belakang gua. Sebagai membalas jasa beliau sebentar tadi, gua minta brader kaunter setelkan hal beliau dahulu kerana beliau hanya ada dua surat untuk dihantar. Lagipun beliau berbaju kemeja putih berjalur emas, berseluar slack dan bersepatu kulit hitam (oh. gua lupa beliau juga berkaca mata dan rambut pendek bersisir rapi) sudah pastilah beliau mempunyai banyak mesyuarat untuk dihadiri selepas ini. Gua yakin masa beliau amat berharga untuk dihabiskan dengan beratur.
Selepas selesai urusan, beliau mengucapkan terima kasih. Gua balas dengan senyuman apa-kau-ingat-kau-bagus-sangat. Gua harap dia faham
Kemudian masuk seorang wanita pertengahan abad. Wanita ini tidak perlulah gua ceritakan dengan terperinci tentang hal beliau. Ini kerana gua lebih tertarik dengan anak beliau yang bertudung biru, berkaca mata dan mempunyai pandangan mata yang redup.
'Gapo dio poskod ipoh eh?' Tanya wanita pertengahan abad tersebut kepada brader kaunter
'Dok tahu gok ambo. Sekalo beloh-beloh perok pangkal dio tigo' Balas brader kaunter
'Hmmm. Payoh la gini. Penerimo pun dok tahu poskod rumoh dio' Ngomel wanita pertengahan abad tersebut.
'Takpe makcik. Saya try call kawan saya yang duduk ipoh' Gua mula menghidu peluang.
Tap tap tap tap tap tap
Gua mencari nombor John yang berasal dari Ipoh. Terus gua dail.
'Hello John. Apa eh poskod rumah kau? 31650? Betul ni? Confirm? Jangan main-main John. Ok2. Thanks'
'31650 makcik' Ujar gua sambil menjeling anak beliau.
'Terima kasih nak'
Gua balas dengan senyuman. Pada anak dia. Bukan pada beliau.
'Ini kad saya makcik. Kalau nak beli pakaian musim sejuk, boleh kontek saya'
Gua serahkan kad perniagaan gua sambil memberi jelingan sms-saya-nanti-ye kepada anak beliau.
Trutttt trutttt truttt
HP gua vibrate menandakan ada sms masuk ketika gua membuka pintu Pos Laju untuk keluar.
Gua baca sms tersebut sambil tersenyum
Baki 013702****:
RM0.00,sah sehingga:
15/02/2014.
Sila topup untuk mendapatkan
masa berbual
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

4 pendapat tak boleh pakai:
hahahahaha, bab mengayat, memang menang...
takpe... lu baru market... hasilnya nanti di pertemuan kali yang ke-10...
hahaha
Aku agak kan, brader yang berpakaian kemeja putih berjalur emas, berseluar slack dan bersepatu kulit hitam tu mesti guna postpaid. Kan?
Ye la sebab dia kan berpakaian kemeja putih berjalur emas, berseluar slack dan bersepatu kulit hitam. Mesti duit dia banyak kan?
Nang,
Sekali je gua menang mengayat. Masa mengayat aawek cun dulu. Tah macam mana dia boleh cair gua pun tak tau. Haha
Bang nizam,
Kena try soft selling pulak lepas ni. Haha
Tata,
Haha..mungkin..mungkin..
Post a Comment