Pages

2011-05-08

Budak Universiti

Gua tengok budak-budak universiti sekarang cukup gemar ambik jalan mudah. Berfikir pun tak panjang. Semua nak main shortcut. Jenis dari A terus lompat ke Z. B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y semua nak potong. Takde sifat sabar langsung.

Kalau macam ni punya gaya, company mana nak ambik keje. Buat keje jenis nak siap je. Kualiti ke laut. Tu belum gua sentuh pasal kefahaman ilmu lagi. Gua agak memang budak-budak U sekarang fail bab-bab macam ni.

Pagi tadi gua tolong anak sedara belah makcik gua ambik barang-barang dia kat UPM. Gua dengan UPM bukan ngam sangat. Kalau UTM tu memang gua biasa bergurau. Dah kalau tak ngam, mana gua tau jalan nak ke Kolej Canselor.

Taknak jadi bodoh sombong, gua pun call la dia. Tanya kat mana dia duduk.

“Lu jalan terus. Jumpa padang. Belok kanan. Kolej gua kat situ. Dah dekat sangat tu. Dalam 5 minit sampai” dia jawap yakin.

Gua pun drive ikut direction dia. Sejam baru jumpa. Apekejadahnya dia kata 5 minit je. Melilau gua cari.

Apasal dia tak bagitau lepas jumpa padang, belok kiri, jumpa roundbout, amek pukul 3, keluar pintu pagar, belok kanan, jalan terus , jumpa simpang 4, baru belok kanan? Direction jenis sekerat-sekerat ni memang buat gua hangin satu badan.
..............................
Nasib baik gua dah kahwin. Kalau tak memang gua bagi pandangan tajam dekat lu Fatin Zulaikha.


1 pendapat tak boleh pakai:

cik meow said...

relek bro..kasik kipas cikit..haahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...