Pages

2011-05-01

MayDay

Masa pekerja-pekerja di Chichago berhimpun di Chichago's Haymarket Square, 180 orang polis datang untuk menyuruh mereka bersurai. Tiba-tiba ada satu mamat yang sampai sekarang tak dapat dikenalpasti membaling bom menyebabkan 7 orang polis mati. Polis membalas dengan tembakan dan memukul peserta-peserta perhimpunan yang terdiri daripada golongan pekerja. Kes ni berlaku pada 4 May 1886 dan dinamakan sebagai Haymarket Massacre.

Haymarket Massacre ni orang kata berpunca daripada kempen yang mintak masa kerja dipendekkan kepada 8 jam sehari. Pada 1 May 1886, puluhan ribu pekerja keluar dari tempat kerja dan menyertai demonstrasi raksasa yang meminta kerja 8 jam sehari. Pekerja-pekerja McCormick Harvester Work di Chichago pula dilarang bekerja pada 3 May 1886 menyebabkan 1500 pekerja melakukan protes. 200 polis datang dan melepaskan tembakan menyebabkan 4 orang pekerja mati.

Bengang dengan kematian kawan-kawan mereka, pekerja-pekerja sekali lagi berkumpul Haymarket Square dan apa yang berlaku adalah macam yang gua cerita kat atas.

8 orang aktivis ditangkap dan tanpa bukti yang kukuh ditangkap. Selepas beberapa siri perbicaraan yang korup dan berat sebelah, mereka dihukum bunuh.

52 tahun kemudian, 1 May diumumkan sebagai Hari Buruh atau MayDay. Hari cuti golongan pekerja.
..............................................
25 May sampai 28 May ni gua nak cuti. Kalau bos gua tak bagi, gua memang nak buat serupa macam Haymarket Massacre. lu nak join?

6 pendapat tak boleh pakai:

Mermaid Ungu said...

err..ko buat sorang la bro..aku tanak masok campur..ahaha

jenanese said...

ayunda,

lu tak semangat hari pekerja langsung

Mohafiz MH, M.D. said...

Gua konpem join jib kalau lu buat.gua kerja 36 jam sehari beb.hari buruh pun kena kerja

jenanese said...

dr 13,

lu gua incas jadi medic bro..1st respond team..keje 36 jam sehari? ini macam lu kena buat wakaf che yeh massacre ni..

Mermaid Ungu said...

caner nk semangat bro..time ari bekerja tu la bos kasi double..haish...

cik meow said...

(= slmt hari pekerja..da lewat br wshh..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...