Pages

2011-05-11

Seni Berfikir

Gua bukan sahaja terer mengingat. Pemikiran gua juga sangat kritis. Kecik-kecik lagi gua dah banyak berfikir. Macam-macam gua fikir. Macam mana nak buat bom pakai brek basikal? Apa tindakbalas labah-labah bila dua ekor labah-labah ditemukan? Apa reaksi tebuan bila sarangnya dilempar batu? Macam-macam lagi yang gua fikir.

Dan biasanya fikiran-fikiran ni akan membawa kepada eksperimen-eksperimen yang berbahaya. Eksperimen yang paling bahaya gua rasa adalah bila gua terfikir adakah bola boleh mengeluarkan cahaya. Akibatnya gua kena sesah kerana bermain bola sampai maghrib.

Dalam banyak-banyak pemikiran gua, ada satu pemikiran yang gua rasa paling pandai. Mak gua selalu cakap baju gua dah kecik bila gua dah tak muat pakai baju kesukaan gua. Lama gua fikir. Gua tengok kain buruk kat dapur tak pernah kecik pun. Kenapa pulak baju gua jadi kecik?

Gua fikir punya fikir. Lama-lama gua dapat semacam satu wahyu. Rupa-rupanya bukan baju yang mengecil. Tapi badan gua yang makin besar. Logik kan? Manusia adalah benda hidup. Mestilah membesar. Baju pulak adalah benda tidak hidup. Mana logik baju mengecil.

Maksudnya, kalau gua tak muat pakai baju kesukaan gua, itu maksudnya badan gua dah membesar sehingga tak dapat ditampung oleh baju tersebut. Oleh itu, baju yang lebih besar harus dibeli untuk memuatkan badan gua yang makin besar.

Panjang juga entry gua kali ni. Nanti gua sambung lagi. Sekarang gua nak pergi JJ nak beli spender baru. Spender gua sekarang dah kecik.

2 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

spender mengecil maksudnya ko dah kurang bersenam jib.haha

jenanese said...

haha...itu ke maksudnya pih?
baru aku faham..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...