Pages

2011-06-20

Pelabur Underground: Part 1

Tahun 2041

Lama dah gua tak datang Gebeng. Last sekali gua sampai Gebeng kira-kira 31 tahun lepas. Masa tu gua keje dengan HESB. Masa gua pergi dulu tapak kilang Lynas kosong lagi. Cuma ada konkrit-konkrit untuk piling kalau tak silap gua.

Sekarang Lynas dah untung bertrillion-trillion setahun. HESB pun dah maju. Gua dengar HESB dapat tender buat Service Station kat Turkmenistan. 10000 Service Station kalau tak silap gua. Gua tumpang bangga. Tahniah pada En. Shamsul. Gua dengar dia dah duduk US sekarang. Ah! Dah kaya takkan nak duduk Malaysia lagi.

Gua tengok Gebeng dah banyak berubah. Pesat. McD bersepah-sepah macam kedai mamak. Semalam gua baca paper, kerajaan Pahang nak bina bangunan bentuk ikan patin. Khabarnya nak jadi bangunan paling tinggi kat dunia. 1500m. 

...........................................

“Dik, nasi lemak lauk ayam satu bungkus” gua order dekat budak jual nasi lemak tepi jalan.

Pelik jugak, masih ada lagi rakyat yang jual nasi lemak tepi jalan. Sedangkan negeri dah pesat membangun.

“I can't understand you. Please speak in English” balas budak tu dalam loghat pahang pekat.

“Cis!!Sial!! dah majupun, janganla lupa bahasa ibunda” bentak gua pada budak tu.

Gua terajang meja nasi lemak tu. Berterabur habis makanan kat atas jalan. Gua dengan bahasa melayu ni jangan dibuat main-main. Walaupun dah 25 tahun gua duduk Siberia menjalankan perniagaan minyak wangi gua, bahasa melayu gua masih mantap.

Gua berpaling untuk berambus dari gerai budak tu. Jiwa gua panas. Baru tiga langkah gua jalan, langit tiba-tiba jadi gelap.

Awan hitam dengan kelajuan 5knot berkepul-kepul datang dari arah utara. Serentak dengan itu kilat memancar dan guruh berdentum. Hujan lebat tiba-tiba turun diiringi butiran-butiran putih.

“Salji? Celah mana Malaysia ada salji?” gua bermonolog

Gua jadi bingung. Gua toleh ke belakang menghadap gerai nasi lemak yang gua terajang tadi.

Budak tadi gua tengok berdiri sambil mendepakan tangan. Kilat dari langit memancar ke tangan budak tu. Peliknya budak tu rilek je sambil pandang gua dengan muka garang.

“Sial! Storm X men ke budak ni?”

Tiba-tiba dia menghalakan tangannya pada gua. Macam peluru, kilat tu menyerbu ke arah gua. Gua tarik nafas dalam-dalam dan mengucapkan kalimah syahadah. Gua rasa ni adalah penghujung hayat gua. Gua pasrah.

Zupppppppppp....

angin kuat menyerbu ke muka gua. Gua pengsan.

........................................... 

Perlahan-lahan gua bukak mata gua. Gua pandang sekeliling. Gua bingung macam mana gua boleh ada kat opis gua di Siberia? Tengah gua susun balik ingatan gua, ada suara menegur.
“Najib, gua Samad” sambil menghulurkan tangan

Bingung, gua sambut salam Samat.

“Gua Samat. Agen Mutan Cop. Gua bawak lu balik ke Siberia. Lu tak selamat di Gebeng. Senah tak puas hati dengan lu sebab lu pelingkup bisnes dia” tambah Samat macam faham apa yang di fikiran gua.

Gua membetulkan sila gua.

“Mutan Cop?” soal gua

“Ye. Mutan Cop. 20 tahun lepas pembinaan Lynas, ramai penduduk Gebeng termutasi. Gua salah sorang. Gua ada kuasa pergerakan sejenak. Senah boleh kawal cuaca. Ramai lagi ada kuasa-kuasa hebat. Ada yang boleh membaca fikiran orang, ada yang boleh boleh lompat sampai bulan. Macam-macam lagi. Ramai yang salah guna kuasa yang ada pada diorang. Tapi gua join Mutan Cop. Sebuah Agensi Kerajaan di bawah pimpinan Adnan Yaakob” terang Samat panjang lebar.

“Adnan Yaakob?”

“Ye. Adnan Yaakob. Dia juga termutasi. Kuasa dia membolehkan dia menyembuhkan segala penyakit dan kecederaan pada diri dia. Sebab tu dia masih hidup sampai sekarang. Dia menyesal kerana dia meluluskan projek Lynas. Jadi dia menubuhkan Mutan Cop untuk membendung jenayah yang ditimbulkan oleh Mutan”

Gua senyap dengar Samat punya cerita.

“Ok bro. Gua kena chow. Banyak kes gua kena hendel. Lu jangan datang Gebeng lagi. Senah marah dengan lu”

Belum sempat gua cakap terima kasih, Samat lenyap dari pandangan gua.




2 pendapat tak boleh pakai:

cik meow said...

bertukar~~~jeng jeng jeng!!

aiman said...

best~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...