Bayangkan korang pegang satu tali. Hujung tali tu pulak ada satu bola. Lepas tu korang pusingkan tali tu. Bola tu takkan tercampak selagi tali tu tak putus.
Benda yang sama berlaku bila korang ride basikal kat selekoh. Tapi, instead of tali, benda yang memegang basikal korang adalah sejenis daya yang dipanggil Centripetal Force. Arah daya ni adalah ke pusat selekoh (centre of the curve).
Untuk selekoh yang rata, Centripetal Force (Fc) diberikan oleh daya geseran antara tayar basikal dan permukaan jalan.
Tengok diagram. Basikal bergerak di selekoh. Dan Fc bertindak ke arah pusat selekoh.
Dari diagram yang simple ni, kita boleh kira Coefficient of Friction (μ) seterusnya boleh pilih tayar yang bersesuaian dengan permukaan jalan.
Fc = mv2/r
= m (5.56)2/26.5
= 1.17m ---------- persamaan 1
Kita tau bahawa F=mg.
Daya geseran (Ff) diberikan oleh formula:
Ff = μF
= μ (mg)
= μ (m) (9.81) ----------- persamaan 2
Gabungkan persamaan 1 dan 2
μ (m) (9.81) = 1.17m
μ = 0.12
Sekiranya Coefficient of Friction antara tayar dan permukaan jalan adalah lebih kecil dari 0.12, basikal akan tercampak macam bola yang terputus tali.
Aku bercakap tentang geseran statik (Statik Friction) dan bukannya geseran kinetik (Kinetic Friction). Geseran statik bermaksud tayar tak skid. Kalau tayar skidding, kena kira geseran kinetik. Geseran kinetik adalah lebih kecil dari geseran statik.
p/s: gua bagi contoh basikal sebab gua main basikal. kalau lu main kereta, lu apply kat kereta, kalau main motor, apply kat motor. jangan apply untuk main futsal pulak..


0 pendapat tak boleh pakai:
Post a Comment