Pages

2011-06-13

Terjebak

Masa gua kecik-kecik dulu gua terjebak dengan aktiviti memancing. Jiran kiri kanan rumah gua kaki pancing. Anak-anak dia pulak kawan gua. Dah tentu gua terjebak punya. Habis sungai belakang rumah, gua redah untuk memancing. Kadang-kadang parit pun gua belasah baling pancing. Terjebak gila-gila.

Masuk sekolah menengah gua terjebak dengan aktiviti tak sihat. Gua isap rokok. Kononnya nak release stress PMR la. Kejadahnya stress isap rokok. Lagi pening kepala adala. Tapi lama jugak gua terjebak dengan rokok ni. Dah masuk tahun 1 kat UTM baru gua berhenti. Sekarang ni terjebak jugak sikit-sikit. Tapi tak serius la.

Masuk UTM gua terjebak pulak dengan SRC. Kalau taktau SRC, nanti-nanti la gua cerita. Gua nak fokus pasal terjebak. Ni Syuk, Napi dengan Kod la punya pasal. Racun gua masuk Kursus Asas Rekreasi. Last-last gua terjebak sampai sekarang. Dalam banyak-banyak terjebak, terjebak dalam SRC paling banyak makan duit. Terjebak dalam rokok pun tak banyak pakai duit.

Tapi sekarang ni gua pening fikir. Macam mana gua boleh terjebak dengan AF9?? Sial!!!

Cayala Hazama menang!! Kawtim!!

2 pendapat tak boleh pakai:

Mohafiz MH, M.D. said...

apa ni jib..af af ni..ingat post ni?haha http://hikayat13.blogspot.com/2007/06/aku-lukis-malaysia.html

jenanese said...

haha..gua ingat pih..seb baik dah af last..mmg gua dah taknak terjebak lagi dgn benda2 macam ni..gua insaf ni..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...