Balik dari kerja pada hari Jumaat memang satu perasaan yang padu. Selepas seminggu penat bekerja atau penat buat-buat bekerja, petang Jumaat memang satu petang yang mententeramkan. Tiada lagi paip yang nak diukur. Tiada lagi dokumen yang perlu dihadap. Setidak-tidaknya, untuk dua hari.
Tambah menarik lagi bila sampai sahaja di rumah, belum sempat melelapkan mata di depan TV, sahabat handai mula menghantar SMS. Ada yang mengajak bermain futsal. Ada yang mengajak pergi berkelah.
Dalam kepala mula berkira-kira. Hujung minggu jatuh pada 30hb. Ah!! Duit bukan masalah. Gaji dah masuk. Apedehal?
Jadi rancangan disusun. Futsal bermula pukul 11 sehingga pukul 1 pagi. Ngam-ngam lepas main futsal, lepak minum 100 plus. Lepas mabuk-mabuk dengan air 100plus, terus berangkat ke tempat berkelah. Beg? oh, sudah dikemas sebelum bermain futsal.
Hujung minggu bersama rakan-rakan yang sehaluan memang satu perasaan yang padu. Dia punya padu meresap sampai ke tulang sumsum.
Tapi sayang, gua kerja pagi esok. Sial!!!!!!!!!!!!!
Freemason dan zaman kacau
1 month ago

2 pendapat tak boleh pakai:
memang satu perasaan yang padu eh jib? hahahahah
padu sial..sama padu macam hujung minggu masa tingkatan 2
Post a Comment