Pages

2012-10-05

Samion



Samion dah lama tinggal dalam hutan. Seingat Samion, seluruh keluarga Samion memang duduk dalam hutan. Kehidupan di hutan sudah menjadi sebati dalam hidup Samion. Segala-galanya ada di dalam hutan. Nak air? Pergi sahaja ke sungai. Nak makanan? Lihat sahaja di sekitar. Pasti ada yang boleh dijadikan rezeki.

Bukan tiada siapa yang pernah ajak dia ke bandar. Tapi Samion taknak. Di bandar dia rasa terkurung. Tidak bebas. Kawan-kawan Samion dah ramai yang ke bandar. Jemeri dah pindah ke Ulu Klang, Simoi pulak di Ayer Keroh. Baru-baru ni Mendoi pulak pindah ke Taiping. Tapi biarlah Samion di hutan. Lebih tenang di sini katanya.

Hari itu Samion keluar awal. Hajatnya nak ke baruh. Sekarang musim buah. Memang elok benar kalau dia ke baruh. Bolehlah Samion memetik buah-buahan yang sedang ranum. Sebelum balik, Samion mahu memetik pucuk-pucuk daun buat bekal.

Matahari panjang segalah. Samion baru sampai di baruh. Memang banyak betul buah-buahan. Samion berehat dulu di perdu pokok melepaskan lelah. Setelah nafasnya sudah betul-betul teratur, Samion mula memetik buah. Mana-mana yang Nampak sedap, Samion terus masuk dalam mulut.

BAMMMMM
BAMMMMM
BAMMMMM

Bunyi senapang patah. 3 butir peluru terbang melayang. Satu terkena dahan pokok, patah tiga. Satu lagi terkena dada Samion. Lagi satu terkena perut Samion. Samion muntah darah. Buah tadi terkeluar dari mulut. Samion jatuh, menggelepar.

“Haaaa…Makan daging kancil kita malam ni Jaafar” bisik Razak kepada teman berburunya.

“Cilake punya manusia. Daging lembu punya banyak kat pasar, daging kancil jugak kau cari” kata Samion dalam hati sebelum nafas terhenti.

3 pendapat tak boleh pakai:

Zafira said...

Haha.. Samion Samion..

Watak utama dalam cerita kau (dari dulu sampai sekarang) mesti mengalami sad ending kan? Haha.

Nizam.Ariff said...

sampai ke kancil nak petik buah?
kakaka..

jenanese said...

zafira,

cilakak..gua baru perasan..kehkehkhe

nizam ariff,
ni kancil afrika ni..tinggi macam zirafah..kahkahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...