Pages

2012-10-30

Ibadah Korban

Kepada yang beragama Islam, gua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dengan ucapan daging korban tu memang sedap kalau dibuat daging masak kunyit.

Mengambil semangat Hari Raya Korban, bapak gua telah mengambil satu bahagian lembu untuk cucu sulung beliau, Nur Damia Binti Mohd Najib. Harga satu bahagian jangan tanya gua sebab gua malas nak ambik tahu.

Sebagai penyokong PAS yang tegar, bapak gua telah join majlis korban yang dianjurkan PAS kawasan gua tinggal pada hari Ahad lepas. Dengar kata 24 ekor lembu tumbang. Dia punya meriah jangan cerita. Dekat 700++ orang datang tolong menyembelih, menurunkan lembu dari lori, melapah, memasak, dan ramai juga yang mengambil bahagian dalam acara sembang politik.

Yang paling power, semua yang datang menolong dapat sehelai T-shirt PAS. Gua tengok semua brader-brader terus pakai. Bayangkan keadaannya bila 700 orang memakai baju PAS yang berwarna hijau. Bapak dan abang gua tidak terkecuali. Gua dapat jugak. Tapi gua letak dalam bakul motor.

Sebenarnya bijak juga PAS ni memilih warna hijau sebagai warna rasmi. Cuba bayangkan kalau UMNO bagi semua petugas T-shirt merah masa majlis korban. Mahu bermandi darah disondol lembu.

Sedang gua sedap-sedap mengacau daging lembu untuk dijadikan sup, tiba-tiba hp gua berbunyi.

Bini gua yang sedang mendukung Damia rupanya menghantar SMS.

"Kenapa b tak pakai baju PAS? Semua orang pakai. B sorang je tak pakai."

Lebih kurang begitulah SMS bini gua.

"Hal-hal ibadah ni bukan kerja PAS saja", reply gua lebih kurang.


p/s: Ini bukan entry berbaur politik.

4 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

pergh..!

lu punya jawapan SMS mengalahkan Muhyidin Yassin yang cakap... kakaka.

jenanese said...

Nizam.Ariff,

Gua kalau bertanding lawan Muhyiddin Yassin, ada kemungkinan besar gua menang..kehkehkeh

Zafira said...

haha.. be it pas or umno, sayap pemuda sekarang dah ada so-called harapan bangsa. cuma kena compete dengan KJ jelah, haha. :p

jenanese said...

zafira,

KJ ni susah gak compete ni..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...