Pages

2012-11-02

Nikmat Bekerja

Nikmat bekerja ni adalah satu hal yang subjektif. Ada orang yang rasa nikmat bekerja sebab dia kerja dalam bidang Oil & Gas (O&G). Ada orang yang rasa nikmat bekerja bila dapat gaji RM15k sebulan. Ada juga yang jenis cilake. Jenis ni rasa nikmat bekerja bila dapat maki pekerja bawahan. Pekerja bawahan pulak rasa nikmat bekerja bila dapat maki balik pekerja atasan. Namun hal ini jarang-jarang berlaku. Kalau berlakupun, biasanya akan disusuli dengan notis berhenti kerja. Notis berhenti kerja ni, seperti yang dipersetujui bersama, bukanlah sejenis nikmat bekerja.

Kalau ikut kalendar Gregory, semalam gua kena lapor diri ke satu syarikat O&G. Tawaran menjadi Field Engineer di Bintulu ni memang boleh mendatangkan inzal yang kemas dan padat. Dia punya nikmat bekerja tak usah cerita. Kalau tak nikmat, masakan orang berlumba-lumba nak masuk bidang O&G.

Tapi segala kenikmatan tersebut gua tolak. Kerana mengikut logik akal gua, nikmat bekerja yang paling nikmat adalah bila gua balik kerja anak gua terkedek-kedek tunggu gua kat depan pintu dan bini gua tengah sibuk goreng cekodok dekat dapur. Dia punya nikmat boleh membawa kepada MC dan emergency leave pada keesokan hari.

11 pendapat tak boleh pakai:

Nizam.Ariff said...

berapa tahap inzal yang O&G tu tawarkan sampai lu boleh tolak mentah2 nih?

Nizam.Ariff said...

yey!

akhirnya gua berjaya teka kod robot tu...

jenanese said...

nizam ariff,

tak sampai 3 juta bro..kehkehkeh..
kod robot mana kau teka ni?haha

Nur Yana said...

so true.. nikmat berlekuarga tuh mmg plg best. patutnya offer O&G tuh dtg waktu ko masih bujang dan berhingusan lagik. haha.

kod robot dkt ruangan komen. kan dia ckp please prove you're not a robot. kalau ko buang verification word utk ruangan komen tuh kan lbh bagos. aku pun sll ada masalah nk teka kod dia kdg2.

Nizam.Ariff said...

kod robot nak komen entri ko la..
ko tak nampak sebab ko signed in...

tgk! dan 2 kali aku teka kod tu.. salah... kalau keluar kali ni, kali 3 aku teka..

jenanese said...

yana,

kehkehkeh..timing salah r o&g ni..

yana,nizam ariff,
aku dah remove demi kesejahteraan umat..hehe

sepa said...

aku yg asal dr Miri pun tak kerja di O&G... sbbnya : mcm yg ko cakap.

sepa said...

eh. masih tu... "Please prove you're not a robot"...!

Mohafiz MH, M.D. said...

Inzal tu apa jib?

jenanese said...

sepa,

family comes first kan?
hehe..lupa nak save aritu..ni dah save.takde robot dah.


matpih,

ko serius ke tanya soalan ni pih?kehkehkeh..

Mohafiz MH, M.D. said...

hahaha..weh semua bereh2 ko..bila nak mari alah kelate ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...